Dunia media sosial hari ini digemparkan dengan sebuah rakaman video yang cukup menyayat hati, memaparkan tindakan kejam seorang lelaki yang tergamak melakukan kekerasan terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang tidak berdaya.
Pendedahan ini bermula apabila aktivis media sosial, Caprice, memuat naik kiriman daripada seorang individu yang merayu agar wajah lelaki tersebut ditularkan demi keselamatan mangsa. Menerusi mesej yang dihantar, pengirim tersebut mendesak agar identiti pelaku didedahkan supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera.
Artikel berkaitan: “Ayah tak sayangkan kami? ” – Individu Dedah Surat Dari Mendiang Kakak, Dakwa Didera Bapa Kandung & Ibu Tiri
Artikel berkaitan: Guru Dip*kul Beramai-ramai Oleh Murid Gara-gara Hina Pelajar Miskin?
Menerusi rakaman yang tular itu, jelas kelihatan lelaki tersebut sengaja membuli dan menjerit tepat ke arah muka kanak-kanak malang itu sehingga mangsa menangis ketakutan. Lelaki yang dikenal pasti sebagai bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut didakwa sangat pandai bermain watak atau play-victim di hadapan orang lain.
Menurut pendedahan ibu mangsa, di hadapannya lelaki itu berpura-pura baik dan sering menghantar video yang menunjukkan seolah-olah semuanya dalam keadaan normal, namun di belakangnya, anak perempuannya diperlakukan seperti ‘beg pasir’ dan dilempang berulang kali tanpa belas kasihan.
Isu penderaan ini sebenarnya bukanlah perkara baharu kerana ia didakwa telah bermula sejak tahun 2025 lagi tanpa pengetahuan si ibu. Walaupun laporan polis telah pun difailkan dan kes sepatutnya dibawa ke mahkamah pada 4 Februari 2026, ibu mangsa meluahkan rasa terkilan dan bimbang kerana suspek dikatakan masih bebas sehingga ke hari ini. Apa yang lebih merisaukan, anak lelaki mereka yang baru berusia 1 tahun 2 bulan kini berada di bawah jagaan lelaki tersebut, sekali gus meletakkan nyawa anak kecil itu dalam keadaan yang amat berisiko.
Hantaran itu sudah pastinya menimbulkan kemarahan netizen, rata-rata mendesak agar pihak berkuasa melakukan tugas mereka dan memberikan hukuman setimpal kepada pelaku.


19 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















