syaz ft 2026 01 06T115633.130

Pelakon terkenal Rita Rudaini menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman menyentuh hati sepanjang perjalanan sejauh kira-kira dua jam setengah, apabila singgah di sebuah kawasan rehat dan rawat (R&R) di United Kingdom (UK) untuk menunaikan solat Subuh.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Rita memaklumkan bahawa kawasan R&R tersebut tidak menyediakan surau. Namun, keadaan itu tidak menghalangnya daripada menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Artikel berkaitan: “Kadang yang pedih didengar itulah paling benar” –  ‘Posting’ Rita Rudaini Curi Perhatian Ramai

Artikel berkaitan: Lelaki Curi 2 Beg Jemaah Sedang Solat Diberkas, Rupanya Bukan Satu Masjid Yang Kena

Menurut Rita, beliau berusaha mencari lokasi yang sesuai dan akhirnya memilih satu sudut berhampiran mesin ATM sebagai ‘port’ untuk solat.

Apa yang lebih menyentuh perasaan, kata Rita, suasana sekeliling ketika itu sangat tenang dan penuh adab apabila kedai-kedai berhampiran mula beroperasi semasa beliau sedang menunaikan solat.

“Mereka buka kedai, orang-orang di situ hanya senyum. Tak marah, tak pandang sinis,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut menekankan nilai toleransi dan sikap saling menghormati tanpa mengira latar belakang agama.

“Begitulah adab. Tak kira apa pun agama. Be kind to everybody,” luah Rita.

Hantaran itu juga mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap terbuka masyarakat setempat serta ketabahan Rita dalam menjaga ibadah walaupun dalam situasi serba kekurangan.

Ramai juga menyifatkan perkongsian itu sebagai peringatan bahawa nilai kemanusiaan dan saling menghormati adalah asas keharmonian hidup bermasyarakat.

cats 1

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.