Semalam, dunia digemparkan dengan berita ketegangan di beberapa negara di sekitar kawasan Timur Tengah apabila terlibat serangan antara Iran dan Israel serta pangkalan Amerika Syarikat di Timur Tengah sehingga menyebabkan ribuan penduduk di beberapa negara sekitar terpaksa meninggalkan rumah masing-masing untuk berlindung ke kawasan yang lebih selamat.
Susulan ketegangan di kawasan tersebut, ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat telah ditutup sekali gus menjadikan terdapat banyak penerbangan terpaksa dibatalkan.
Malaysia Airlines (MAS) turut membatalkan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Doha, Madinah dan Jeddah pada 28 Februari dan 1 Mac 2026 untuk keselamatan para penumpang dan kru penerbangan.
Menurut laporan Berita Harian, penumpang yang terjejas dengan pembatalan penerbangan oleh syarikat penerbangan sedang diberitahu dan sekiranya diperlukan. mereka akan membantu mengaturkan perjalanan alternatif untuk penumpang terjejas.
Gambar sekadar hiasanArtikel Berkaitan: “Tengah beratur nak check in dapat surat” – Puluhan Jemaah Umrah Terkandas Susulan Negara Arab Tutup Ruang Udara
Artikel berkaitan: [VIDEO] Rakyat Qatar Panik, Iran Serang Pangkalan AS Di Qatar
Difahamkan lagi, sementara menunggu penilaian lanjut berhubung situasi keselamatan, penerbangan ke destinasi yang terjejas akan kekal digantung.
Oleh itu, penumpang yang terjejas akan dinasihatkan untuk kemas kini maklumat hubungan mereka melalui ‘My Booking’ untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara itu dengan segera.
Walau bagaimanapun, penerbangan Kuala Lumpur-London dan Kuala Lumpur-Paris difahamkan tetap mengikut jadual pada masa ini kerana penerbangan ini menggunakan laluan alternatif yang jauh dari zon konflik yang terjejas iaitu melalui ruang udara Afghanistan.
Sama-sama kita doakan semua rakyat Malaysia yang berada dekat dengan zon konflik berada dalam keadaan selamat.
Sumber: Berita Harian

20 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















