status pernikahan marissa aslam

Kontroversi status pernikahan antara anak pelakon Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim bersama suaminya, Ahmad Aslam di Thailand akhirnya selesai selepas mahkamah luluskan perkahwinan mereka sah di sisi undang-undang Malaysia.

Peguam syarie mewakili pasangan terbabit, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, berkata, anak guamnya kini boleh melakukan pendaftaran perkahwinan selepas mendapat pengesahan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Artikel berkaitan: Marissa Dania Datang Mohon Maaf Daripada Ibu Ketika Siaran Live Abby Abadi

Artikel berkaitan: “Nak tanggung diri pun sedih, apatah lagi anak orang” – Abby Abadi Bahas Isu Poligami

“Alhamdulillah, mahkamah sudah meluluskan permohonan mereka mengikut Seksyen 23(1A) iaitu pengesahan poligami di luar negara tanpa kebenaran.

“Pernikahan itu kini sudah mendapat pengesahan di Malaysia, seterusnya memerlukan anak guam saya mendaftarkannya secepat mungkin,” kata peguam.

Screenshot 2025 05 27 150129

Dalam pada itu, peguam menafikan dakwaan yang mengatakan kedua anak guamnya itu mengemukakan pendaftaran pernikahan hanya selepas lebih setahun bernikah di Songhkla susulan kehamilan Marissa.

Ditanya mengenai denda dan hukuman, peguam menjelaskan perkara tersebut akan dibuat oleh pendakwa syarie kelak.

Untuk rekod, Marissa dan Aslam mula menyorot perhatian ramai selepas didakwa sudah berkahwin di Songkhla pada 27 Disember 2023.

Lebih mencuri tumpuan, perkahwinan tersebut didakwa berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa Marissa mahupun isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan yang ketika itu sedang mengerjakan umrah.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.