Jika anda banyak menghabiskan masa di TikTok, pasti pernah terjumpa video berunsur misteri yang kadang-kadang boleh buat kita tidak lena tidur.
Seperti yang tular baru-baru ini di mana seorang individu memuat naik sebuah video yang memaparkan satu entiti besar serba gelap di sebuah rumah kedai.
Artikel berkaitan: Cik B Kongsi Pengalaman Seram Singgah Di Restoran Bunian
Artikel berkaitan: Misteri Ketukan Pintu Di Negeri Sembilan, Penduduk Dakwa Ternampak Lembaga Hitam
Video yang mendapat 1.4 juta tontonan itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah lembaga serba hitam itu. Malah, ada yang mendakwa dapat melihat rambut panjang di bahagian ‘kepala’ lembaga tersebut.

Oleh kerana video mendapat jutaan tontonan, seorang lagi pengguna TikTok telah membalas video berkenaan dan mendedahkan apa sebenarnya ‘lembaga’ tersebut.
Rupa-rupanya, yang tular ‘lembaga’ itu adalah penutup tangki air besar yang dikumpulkan di tangga rumah kedai itu. Rata-rata netizen terkejut dan terhibur dengan ‘pendedahan’ tersebut.
Sumber: TikTok

17 hours ago
9







![[VIDEO] Kelindan Lori ‘Lepas Rindu’ Jumpa Mak Ayah Di Tepi Jalan Sebelum Sambung Kerja, Buat Ramai Sebak](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/01/ft-pemandu-lori-lepas-rindu.jpg)























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















