Seorang lelaki berusia 47 tahun telah dikritik warganet baru-baru ini apabila rakaman video dia menumbuk seorang wanita di Johor telah tular di media sosial.
Menurut BERNAMA, kejadian tersebut telah berlaku di hadapan sebuah pasar raya di Mersing dan difahamkan, mangsa telah cedera parah iaitu patah hidung dan lebam pada dahi akibat ditumbuk oleh suspek.
Dalam video yang tular itu, dapat dilihat mangsa yang baru keluar dari premis pasar raya itu tiba-tiba telah ditumbuk oleh lelaki tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak polis telah berjaya menahan suspek pada Sabtu setelah menerima laporan daripada mangsa.

Artikel Berkaitan: Pelajar Tingkatan 2 T*mbuk Guru Mengaku Bersalah, Diikat Jamin RM1,000
Artikel berkaitan: Pelajar Biadab T*mbuk & Rentap Baju Guru Sebab Berang Ditegur Ponteng Kelas Ditahan Polis
Menurut polis, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki terbabit positif dadah.
@bernamatvofficialPolis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki menumbuk seorang wanita hingga mendatangkan kecederaan parah di hadapan sebuah pasar raya di Mersing, Jumaat lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing DSP Mohd Nizam Yusoff berkata laporan dibuat mangsa dan bertindak atas maklumat, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan di sekitar bandar ini kira-kira 12.15 tengah malam, Sabtu. “Hasil siasatan mendapati berlaku perselisihan faham apabila mangsa dipercayai cuba mengelak suspek yang sedang melintas jalan ketika memandu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Mohd Nizam berkata akibat kejadian, mangsa berusia 48 tahun itu mengalami lebam pada bahagian dahi dan patah hidung. Beliau berkata suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah tanpa senjata dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 📹 Awam digitalbernamatv mersing tumbuk pasaraya
♬ original sound – Bernama TV – Bernama TV
Difahamkan, siasatan polis turut mendapati bahawa kejadian itu berpunca dari perselisihan faham.
Mangsa ketika memandu dipercayai telah cuba mengelak suspek yang sedang melintas jalan.
Sumber: BERNAMA

15 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)