Syaz Ft 5

Dunia hiburan tanah air baru-baru ini dikejutkan dengan satu perkongsian yang sangat tidak dijangka apabila penyanyi popular Ismail Izzani memuat naik video bersama bintang antarabangsa, Nick Jonas.

Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai peminat dan rakan artis terpinga-pinga serta teruja melihat keakraban mereka yang seolah-olah sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Melalui hantaran di laman Instagram miliknya, Ismail mendedahkan bahawa dia berpeluang menghadiri sebuah listening party yang berlangsung di Singapura, yang mana dia menyifatkan pertemuan itu sebagai satu pengalaman yang cukup luar biasa dan bermakna dalam kerjaya seninya.

Artikel berkaitan: Kerap Dapat Mesej Dari ‘Fake Account’ Isu Hamilkan Wanita, Ismail Izzani Mahu Ambil Tindakan

Artikel berkaitan: Bukan Keluarga Beckham Je, Ini 4 Selebriti Yang Rupanya ‘Tak Ngam’ Dengan Keluarga Sendiri

Kejutan ini mencetuskan gelombang perbincangan di media sosial dengan rata-rata netizen meluahkan rasa bangga melihat anak seni tempatan mendapat pengiktirafan dan peluang berada di majlis eksklusif bertaraf dunia sebegitu.

Apa yang membuatkan netizen lebih teruja, kedua-dua penyanyi itu dilihat sangat akrab seolah-olah sudah lama mengenali satu sama lain.

Ruangan komen Instagram penyanyi muda itu terus dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia mahupun Indonesia yang rata-ratanya terkejut dan tumpang bangga.

Dalam pada itu, akaun rasmi Universal Music Malaysia turut meninggalkan ‘like’ pada hantaran tersebut, ia menguatkan lagi spekulasi bahawa ada sesuatu yang ‘gempak’ sedang dirancang di sebalik tabir. Walaupun setakat ini belum ada kenyataan rasmi mengenai projek bersama, peminat nampaknya sudah tidak sabar mahu melihat Ismail Izzani melebarkan sayapnya lebih jauh ke peringkat global.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.