warga india buka kedai tomyam malaysia

Sebuah video di TikTok telah meraih perhatian ramai apabila seorang warga India dilaporkan membuka kedai makan berkonsepkan masakan Malaysia dan Thailand di negaranya.

Apa yang menjadi perhatian, kedai makanan itu dinamakan sebagai ‘Tomyam Malaysia’ dan konsepnya tidak ubah seperti di sini.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh @abg.is78, lelaki itu didakwa pernah bekerja di Malaysia sebelum pulang semula ke negaranya dan membuka kedai berkenaan.

Dalam video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Kani Boy dilihat bangga memperkenalkan pelbagai menu di kedainya termasuklah nasi lemak ayam goreng berempah, mee goreng, rojak, apam balik, sate, mee sotong dan tomyam sup.

Artikel berkaitan: “Akak tomyam tengok pun takut”- Rumah Ini Dihias Meriah Dengan Lampu Lip Lap Macam Kedai Tom Yam

Artikel berkaitan: Minah Salleh Masak ‘Spaghetti Sambal Petai’, Permaisuri Pahang Komen ‘Kena Cuba Ni!’

@abg.is78

♬ original sound – RIDZUAN – RIDZUAN

Menerusi semakan di Facebook, kedai tomyam itu sudah mula beroperasi pada 2 Julai 2025. Dia juga sering memuat naik perkembangan mengenai perniagaan kecilnya itu dan sambutan yang diterima pula amat menggalakkan apabila ramai warga tempatan di India dilihat hadir untuk mencuba sendiri makanan Malaysia yang penuh citarasa.

“Pandai guna pengalaman”

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian video itu memuji inisiatif Kani yang membawa nama dan memperkenal menu Malaysia di negaranya.

Netizen turut terharu dengan penggunaan perkataan ‘Malaysia’ di kedainya, yang menunjukkan sajian yang dijual adalah daripada pengalamannya ketika berada di sini.

Screenshot 2025 07 17 152753 Screenshot 2025 07 17 152805

Semoga maju jaya!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.