Syaz Ft 2026 03 18T164521.509

Seorang bayi lelaki berusia empat bulan disahkan meninggal dunia selepas dipercayai mengalami asfiksia ketika berada di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya.

Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail, berkata hasil pemeriksaan perubatan mendapati punca kematian menjurus kepada asfiksia, iaitu keadaan kekurangan oksigen akibat gangguan pernafasan.

Artikel berkaitan: “Ia bukan perbuatan manusia” – Bapa Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Di Taska Takkan Maafkan Pelaku

Artikel berkaitan: “Anak saya bukan anak patung” – Ibu Kongsi Rakaman CCTV Di Taska, Dedah Anak Usia 6 Bulan Dider* Pengasuh

Keadaan itu boleh menyebabkan mangsa mengalami sesak nafas, kehilangan kesedaran serta membawa kepada kerosakan otak atau kematian.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, 9 Mac lalu, bayi tersebut ditemui tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Jabatan Kecemasan.

Ibunya, Ummu Habibah Wahab, 30, yang bekerja sebagai jururawat syif malam, dimaklumkan anaknya berada dalam keadaan kebiruan — antara tanda kekurangan oksigen.

Walaupun bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dilakukan selama hampir sejam, bayi itu gagal diselamatkan.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut dan telah menahan dua pengasuh pusat jagaan berkenaan. Kedua-duanya direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh, manakala keluarga mangsa menuntut keadilan atas tragedi tersebut.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.