ft tareq ihram

Biarpun dirinya kini dihimpit dengan pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini, ia tidak menghalang TikToker, Tareq Fit untuk terus membuat teguran.

Seperti yang kita sedia maklum, media sosial kini hangat dengan isu satu jenama baju melayu membuat peragaan ihram dalam satu acara.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Suara Seperti Wanita Tetapi Berihram Depan Kaabah, Ramai Keliru Identiti Individu Ini Rupanya…

Artikel berkaitan : “Semoga Allah beri hidayah” – Lengkap Berihram, Shah Rukh Khan Tunai Umrah Buat Kali Pertama

Ia telah mengundang kecaman hebat dan menjadi pertikaian ramai netizen kerana bagi mereka, pakaian ibadah itu sangat tidak wajar diperagakan di pentas fesyen sambil berlatarkan muzik.

ihram

Ini kerana ihram tidak sama dengan pemakaian kain pelekat, baju melayu, telekung solat, kopiah, serban dan sebagainya kerana ihram bukanlah pemakaian tradisi masyarakat tetapi satu syariat. ihram 2

Dalam video tersebut, dapat dilihat dengan jelas seorang model lelaki memakai ihram untuk diperagakan sambil disorak oleh penonton.

Screenshot 2026 01 19 171345

Perkara ini menarik perhatian Tareq Fit untuk memberi pandangan mengenai isu ini. Menerusi Threads miliknya, Tareq turut mempersoalkan tindakan jenama yang menggunakan pakaian ibadat itu untuk diperagakan.

tareq ihram

Rata-rata netizen dilihat menyokong Tareq Fit dalam hal ini dan mengatakan bahawa apa yang dipersoal dan dikatakan olehnya itu adalah satu perkara yang betul.

setuju tareq setuju tareq 2

Sumber :Threads 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.