Personaliti media sosial, Chazynash telah membuat satu kenyataan terbuka di Instagram bagi membersihkan namanya, berikutan terdapat individu yang mempertikai sama ada dia membayar nafkah anak atau tidak.
Tujuan dia membuat kenyataan tersebut adalah kerana wujudnya pelbagai dakwaan apabila dia memilih untuk berdiam diri. Oleh itu, Chazynash mendedahkan setiap perincian yang dibuat bagi membersihkan namanya.

Artikel berkaitan : Chazynash Perjelas Dakwaan Dikatakan Curang, Kenal ‘Orang Baru’ Beberapa Bulan Lepas Cerai
Artikel berkaitan : “Hormatilah privasi kami”- Chazynash Dedah Telah Bercerai Secara Baik Dengan Bekas Isteri Pada Januari Lalu
Bayar RM8,200 dan tanggung kereta bekas isteri yang rosak
“Ini pertama dan terakhir saya bersuara sebab saya tak suka drama dan tak ada masa nak layan netizen yang tak bijak.”
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Chazynash menjelaskan yang dia membelanjakan sebanyak RM8,200 sebulan buat anak-anak, di mana ia merangkumi tempat tinggal, insurans, internet, bil elektrik, bil air, minum, barang dapur, penapis air dan upah pemandu untuk hantar dan jemput anak dari sekolah.
Menurutnya lagi, dia juga menggunakan perbelanjaannya sendiri untuk mengupah orang memasak bekalan makan tengah hari buat anak-anak.
Tegasnya, kesemua jumlah tersebut tidak termasuk bil telefon bekas isteri yang masih dibiayainya sehingga kini, malah dia juga ada memberikan wang mutaah sebanyak RM100,000 kepada bekas isteri sebagai hadiah, tanggungjawab dan ihsan.
“Jadi saya ingin bertanya, kat mana yang dikatakan nafkah tidak cukup? Kat mana yang susah tu? Kat mana yang wayang tu? Siapa yang wayang ya? Bekas isteri guna kereta kemalangan dan rosak, saya tukar bagi kereta lain menanggung sebanyak RM 12,000 tanpa meminta satu sen pun.”
“Kereta kedua pula rosak, saya baiki dengan kos RM8,000 juga tanpa sebarang tuntunan. Dia hanya naik, isi minyak dan bayar tol. Saya merayu dengan penuh rasa kecewa, tolonglah berlaku adil.”
Jawab ‘persoalan’ bekas adik ipar
Dalam hantaran sama, Chazynash turut melampirkan satu foto keratan berita mengenai dirinya yang sentiasa bertanggungjawab dalam menyediakan nafkah buat bekas isteri, Fatin Morat.
Namun menerusi ruangan komen, terpapar satu soalan daripada individu yang bertanyakan jika Chazynash ada meletakkan syarat-syarat tertentu bagi kemudahan yang disediakan. Chazynash tidak menafikan bahawa dia ada letak syarat tersebut bahkan dia ada huraikannya.

Bagaimanapun, Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah menyatakan tujuan dia membuat kenyataan ini bukanlah ingin memburukkan nama bekas isterinya, namun hanya ingin membersihkan namanya dengan dakwaan yang tak berasas.
Sumber: Instagram

6 days ago
29






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















