Sebentar tadi, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya memutuskan bahawa ibu kepada Zayn Rayyan, iaitu Ismanira Abdul Manaf, diperintah untuk membela diri atas pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dua tahun lalu.
Keputusan itu diumumkan oleh Hakim Dr Syahliza Warnoh selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ismanira.
Ismanira menitiskan air mata sebaik mendengar arahan mahkamah dan memeluk ahli keluargnya sambil menangis selepas prosiding ditangguh seketika.
Artikel berkaitan: Mahkamah Arah Ibu Zayn Rayyan Bela Diri, Bapa Lepas & Bebas Daripada Tuduhan Pengabaian
Artikel berkaitan: Tiada Seorang Daripada 27 Saksi Kata Ibu Bapa Abaikan Zayn Rayyan
Sementara itu, mahkamah melepaskan dan membebaskan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, daripada pertuduhan yang sama.
“Setelah mendengar dan meneliti saksi pendakwaan secara penilaian maksimum dan eksibit yang dikemukakan, bagi tertuduh pertama, mahkamah memutuskan pendakwaan gagal menbuktikan niat bersama.
“Jadi, tertuduh pertama, Zaim Ikhwan dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
“Bagi tertuduh kedua, Ismanira mahkamah berjaya membuktikan kes prima facie maka dipanggil membela diri tertuduh kedua, Ismanira, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya dan dipanggil untuk membela diri mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Ismanira dan Zaim diwakili oleh pasukan peguam yang terdiri daripada Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.
Sumber: Harian Metro