Selain dakwaan yang menganggap bahawa housemate dan guru yang sudah meninggal dunia akibat gangguan pocong ketika menyewa di sebuah rumah di Jalan Kebun, Shah Alam. Ada dakwaan lain yang membuat netizen rasa curiga tentang kesahihan cerita itu.
Mereka mempertikaikan identiti arwah yang tidak pernah didedahkan secara rasmi. Malah ada mengatakan gamabr kubur yang tular tentang berita kematian Cikgyu Nina itu bukanlah pusaranya tetapi diambil dari Google.
Artikel berkaitan : Pernah Tular Kisah Tak Sedar Tinggal Sebumbung Dengan Pocong, Wanita Dikhabarkan Sudah Meninggal Dunia
Artikel berkaitan : Dakwa Housemate & Mangsa Orang Yang Sama, Netizen Rasa Kisah ‘Housemate Pocong’ Hanya Rekaan?
Bahkan mereka turut mempertikaikan kesahihan cerita ini kerana tiada ahli keluar atau rakan sekerja tampil bersuara mengenai kejadian itu. Bagaimanapun, ada individu yang tampil menceritakan bahawa arwah pernah hubunginya untuk meminta tolong.
Individu yang dikatakan aktif di media sosial dan sering dijemput untuk berkongsi tentang kes gangguan mistik muncul di ruangan komen menceritakan hal tersebut, tetapi tidak sempat membantunya.
Namun begitu sehingga kini masih beluma da sebarang pengesahan ras dikeluarkan oleh keluarga atau mana-mana pihak ebrkuasa tentang punca kematian arwah.
Sebelum ini tular kisah seorang guru yang menyewa sebuah rumah di Jalan Kebun Shah Alam, dia bertemu dengan seorang wanita yang pada mulanya dianggap rakan serumah yang baru pulang dari kampung halaman.
Nak dipendekkan cerita, dia mula menyedari bahawa rakan serumah itu hanyalah jelamaan setelah rakan serumah lain yang abru masuk ke rumah itu keluar dengan kadar segera, dimaklumkan bahawa rakan serumah asal yang pulang ke kampung masih belum pulang serta, dimaklumkan oleh jiran bahawa dia selama ini bercakap berseorangan.
Ceritanya mendapat perhatian seorang TikToker dan kongsikan semula dalam satu hantaran video. Beberapa hari selepas tular, rakan serumah yang berpindah dengan kadar segera itu menghubungi TikToker tersebut dengan memaklumkan bahawa guru yang terkena gangguan itu sudah meninggal dunia akibat gangguan melampau setelah kejadian itu.
Sumber : Mingguan Wanita