Kasari Tunang Hingga Cedera, Pengasas Kosmetik Rela Rugi RM150K Batal Perkahwinan Anak Dengan ‘Pempengaruh’

3 hours ago 7

Seorang pengasas kosmetik, Fara Sharina Zamari, 37, tidak kisah mengalami kerugian sebanyak RM150,000 dengan membatalkan majlis perkahwinan anak yang sepatutnya berlangsung semalam.

Semua ini dilakukan, asalkan puteri tunggalnya, Putri Fasha Felisa Mohd Izhan tidak berada di pangkuan orang yang salah.

Jelasnya, perkahwinan tersebut dibatalkan selepas anaknya itu menjadi mangsa kekasaran tunang sehingga berlakunya kecederaan fizikal.

Artikel berkaitan: Tular Video Majlis Kahwin Diganti Doa Selamat Sebab Pasangan Batal ‘Last Minute’, Lelaki Dedah Punca Sebenar

Artikel berkaitan: Putus Tunang? Peguam Jelaskan Individu Boleh Saman Bekas Pasangan Sebab Batal Perkahwinan

Tak kisah rugi RM150,000

Biarpun segala persiapan sudah hampir siap, dia memilih untuk memutuskan pertunangan anaknya itu dengan seorang pempengaruh susulan dengan insiden yang berlaku pada 21 Februari lalu.

“Saya lebih rela batalkan majlis kahwin anak perempuan berbanding melihat kejadian lebih teruk berlaku selepas dia bergelar isteri. Segala persiapan untuk majlis hampir selesai dengan tema ‘English Style’ di Padang Polo di Kemumin, namun terpaksa dibatalkan.”

“Cincin pertunangan juga sudah dikembalikan, manakala di pihak lelaki tiada sebarang bantahan. Saudara mara serta rakan taulan sangat memahami dan tidak bertanyakan hal berkaitan.”

Screenshot 2026 04 01 163238

Jelas Fara Sharina, tarikh 31 Mac itu dipilih oleh anaknya sendiri sementara wang hantaran dipersetujui RM31,000. Fara juga akui berasa sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu, bahkan perlu menanggung kerugian kira-kira RM150,000 yang merangkumi keseluruhan kos untuk majlis termasuk katering, pelamin serta busana sanak saudara.

“Kerugian tidak seberapa dibandingkan trauma dialami anak saya sehingga kini. Kami sekeluarga masih berikhtiar memulihkan semangat Putri Fasha Felisa.”

“Siapa tidak sedih apabila satu-satunya anak perempuan diperlakukan begini, namun kami bersyukur sekurang-kurangnya ia berlaku sebelum mereka berumahtangga.”

Screenshot 2026 04 01 163529

Sebelum ini, dilaporkan mangsa dikasari bekas tunangnya termasuklah dipukul, dicekik, ditendang serta diseret yang menyebabkan lebam dan bengkak di keseluruhan badan.

18 Mac lalu, bekas tunang anaknya yang berusia 20 tahun telah dijatuhkan hukuman denda RM1,500 atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |