Syaz Ft 2026 02 06T173235.944

Selepas tujuh tahun menanti, influencer Siti Awe akhirnya berkongsi berita gembira tentang kelahiran cahaya mata sulungnya yang diberi nama Jasmine Hana. Perjalanan ini bukanlah satu laluan yang mudah kerana beliau perlu melalui fasa penantian yang panjang dan penuh emosi sebelum impiannya menjadi kenyataan.

Bagi Siti Awe, tempoh dua tahun yang dihabiskan untuk ikhtiar hamil (TTC) dipenuhi dengan pelbagai cabaran fizikal dan mental. Beliau pernah melalui dua kali prosedur IVF yang tidak berjaya, di mana video perkongsiannya memaparkan rutin menyuntik ubat sendiri serta kekecewaan setiap kali menerima keputusan yang negatif.

Artikel berkaitan: “Stop tanya-tanya” –  Janna Nick Emosi Kongsi Perjalanan ‘TTC’, Minta Orang Doakan

Artikel berkaitan: “Masa saya mengandung pun dia boleh p*kul saya lagi” –  Uqasha Senrose

@sitiiawe

‎بِسْمِ الله مَا شَاءَ ٱللَّٰهُ After 7 years of marriage, 2 years of TTC, 2 unsuccessful IVF… and 1 spontaneous pregnancy later… Through this journey, with all of its waiting & heartbreak, I’ve learned to rely on Allah and His mercy even more deeply. Dear Jasmine Hana, you are intended, you are wanted, you are the answer to our prayers.. and you are everything we have been waiting for🤍

♬ The Winner Takes It All – ABBA

Selepas kegagalan tersebut, beliau mengambil keputusan untuk “pujuk hati dan membawa diri” dengan melakukan aktiviti luar seperti menyelam (diving) bagi memulihkan semula semangatnya.

Namun, di saat beliau mula reda dan berserah sepenuhnya kepada takdir, keajaiban berlaku apabila beliau disahkan hamil secara spontan tanpa bantuan prosedur perubatan lanjut. Detik 22 Jun 2025 menjadi tarikh yang paling bermakna apabila beliau berkongsi berita kehamilan tersebut kepada suaminya.

Kini, Jasmine Hana telah selamat dilahirkan dan menjadi pelengkap hidup pasangan ini. Kisah Siti Awe ini menjadi inspirasi besar buat komuniti pejuang TTC yang lain, membuktikan bahawa walaupun sains mempunyai jawapannya, rezeki dan keajaiban daripada Tuhan akan tiba tepat pada masanya bagi mereka yang tidak berhenti berharap.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.