Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang selebriti iaitu Rafidah Ibrahim berang dengan pihak yang dikatakan mengugutnya untuk keluar dari rumah yang terletak di Kampung Sungai Baru.
Dalam hantaran di TikTok itu, kelihatan Rafidah bersama penduduk kampung berkenaan mengamuk susulan didakwa dihalau, malah turut diugut untuk bakar rumah jika penduduk tidak mahu berpindah.
Artikel berkaitan: Penjawat Awam Direman 5 Hari Gara-gara Seleweng Tanah Untuk Anak Sendiri
Artikel berkaitan: Tak Tahu Tanah Sudah Berpindah Milik, Masjid Jamek Al-Ridzuan Perlu RM1.8 Juta Untuk ‘Diselamatkan’
@gengmuoPenduduk dihalau dan ada provokasi dengan bakar rumah…Pemaju & kerajaan barua #kerajaangagal #kgsgbaru #pengkianat #madani #kampungbaru @Aswad @zufardanial_
♬ original sound – Abe Wey – Abe Wey
“Kami tak akan berganjak keluar! Kalau dikatakan PMX akan datang untuk majlis pecah tanah, PMX! Selesai dulu kes kami, kami punya isu di mahkamah tak selesai lagi,” teriaknya.
Rafidah juga meluahkan kekesalan terhadap sikap pemimpin Melayu yang didakwa hanya mendiamkan diri.
Dalam pada itu, pada bulan April lalu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengesahkan pernah mengingatkan penduduk Kampung Sungai Baru agar tidak menandatangani perjanjian sebelum ini.
Sebagai info, isu Kampung Sungai Baru ini bermula apabila adanya pengambilalihan tanah di kawasan mereka selain tuntutan kumpulan penduduk asal terdiri daripada segelintir penduduk yang tidak berpuas hati dengan pampasan yang diperoleh.