Pelakon Kamal Adli di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini menyerahkan sepenuhnya perihal jodohnya bersama aktres Uqasha Senrose kepada ketentuan Allah.
Kamal yang menghadiri prosiding hakam yang berlangsung di mahkamah itu berkata, dia jadi serba salah untuk mengulas tentang proses tersebut kerana sudah hampir fasa pengakhiran.
Artikel berkaitan : “Dia merajuk, tapi dia rindu”- Kamal Adli Kongsi Momen Jumpa Anak
Artikel berkaitan : “Ayah rindukan kamu” -Luahan Kamal Adli Terhadap Hawra Undang Sebak
Kamal Adli pasrah

Menurut laporan mStar Online, pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu tiba di mahkamah sekitar jam 9.30 pagi diiringi bersama peguamnya, Abdul Hadi Mohamad Salleh.
“Hari ini akan ada prosiding hakam. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Saya tak berani cakap. Susah sikit saya nak jawab sebab prosedur hari ini sebenarnya dah hujung-hujung.”
“Kalau tak ada jodoh, Wallahualam macam mana. Tapi saya dah cuba usaha dari awal lagi. Tunggu sekejap lagi kita lihat macam mana.”

Dalam pada itu, Uqasha yang tiba di mahkamah sekitar jam 9.15 pagi enggan mengulas lanjut dan hanya memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya.
Berkenaan dengan prosiding hakam ini, peguam yang mewakili Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata, prosiding pada hari ini merupakan peringkat kedua melibatkan lantikan hakam keluarga.
“Hari ini peringkat kedua untuk hakam keluarga iaitu akan ada lantikan hakam keluarga dan kemudian kita lihat sama ada diteruskan dengan prosiding timbang tara hakam atau bagaimana.”
Sumber : mStar Online

2 weeks ago
42












![[VIDEO] Kelindan Lori ‘Lepas Rindu’ Jumpa Mak Ayah Di Tepi Jalan Sebelum Sambung Kerja, Buat Ramai Sebak](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/01/ft-pemandu-lori-lepas-rindu.jpg)


















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















