Selain Ammar Ahyan, antara anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang sering menarik perhatian netizen ialah Qadejah El Zahra atau lebih mesra dipanggil Cess ini.
Dalam satu perkongsian terbaru oleh ibunya sendiri, Datin Seri Shahida, sikap Cess telah menarik perhatian ramai apabila dia dilihat sedang menasihati adik-adiknya tentang ikhtilat di antara lelaki dan perempuan.
Tak boleh pegang perempuan dan awak pulak tak boleh pegang lelaki. Awak tak boleh rapat dengan seseorang (lelaki) kalau dia bukan mahram awak.
“Tahu tak siapa mahram awak? Pakcik, ayah dan abang awak. Faham?
“Awak pula jangan pegang perempuan yang bukan ahli keluarga. Hanya boleh sentuh mama, kakak dan makcik tapi awak tak boleh sentuh sepupu awak. Anisa tak boleh. Faham tak?” kata Cess.
Cess dilihat memberi nasihat itu kepada adik-adiknya iaitu Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Baem dan Yusoff. Kelihatan juga di situ sepupu perempuan mereka dan adik yang paling bongsu.
Selain nasihat berkenaan, Cess juga meminta Yusoff untuk jaga jaraknya dengan rakan perempuan di sekolah.
Rasa-rasa abah suka tak kalau ada lelaki lain pegang Raudah (adik)? Tak kan? Kalau awak pegang anak perempuan orang lain, awak rasa bapa dia suka tak? Nanti bapa dia datang pukul awak,” tegur Cess lagi kepada adik.
Artikel berkaitan: “Semua ini berkat jual jeruk mangga, beg” – Aliff Syukri Syukur Jadi Antara Pembayar Zakat Tertinggi Selangor
Artikel berkaitan: “Dia tak fasih BM” – Datin Shahida Perjelas Sebab Qadejah Cakap ‘English’, Rupanya Ada Disleksia
“Bagilah dia Rolex, Cartier apa saja dia minta ya Datin”
Rata-rata netizen yang melihat video itu memuji sikap Cess yang sangat tegas dalam soal agama dan boleh menjadi ‘ibu bapa kedua’ kepada adik-adiknya jika ibu bapa mereka sibuk bekerja.
Malah ramai juga yang memuji Aliff Syukri kerana berjaya mendidik anak menjadi anak yang solehah serta netizen juga meminta ibu bapa Cess untuk menunaikan segala permintaan anak gadis ini oleh kerana sikapnya yang baik.

Sumber: Instagram

2 weeks ago
30












![[VIDEO] Kelindan Lori ‘Lepas Rindu’ Jumpa Mak Ayah Di Tepi Jalan Sebelum Sambung Kerja, Buat Ramai Sebak](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/01/ft-pemandu-lori-lepas-rindu.jpg)


















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















