Pempengaruh emdia sosial dan usahawan Ojen Aiwah tampil memberikan respon mengenai kenyataan balas Tareq Fit yang tidak gentar dengan ‘ancaman’ saman olehnya.
Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli menjelaskan bahawa emosinya terkesan disebabkan Tareq dan meminta jurulatih tersebut untuk tidak ganggu hidupnya.
Artikel berkaitan : “Duit kau ada, aku ada Allah” – Bakal Disaman Ojen Aiwah, Tareq Fit Tidak Gentar
Artikel berkaitan : “Dia edit resit palsu, sebijik sama macam resti sebenar”- Usahawan Kunafa, Ojen Aiwah Lapor Polis Ditipu Personal Shopper
Jangan main agama lah
Berkenaan dengan kenyataan Tareq yang mengatakan dirinya ada Allah SWT untuk disaman, Ojen tampil dengan membalas semula kata-kata Tareq Fit.
“Kau ada Allah swt ? Aku ada ADAB. Aku ada DOA mak aku yang tengah berjuang kanser. Aku ada ALLAH SWT.”
Tujuan kemukakan saman
Di samping itu, Ojen menjelaskan bahawa tujuan dia saman Tareq Fit bukanlah disebabkan hal peribadi, jelas Ojen, dia tidak pernah membalas sebarang teguran yang diberikan oleh Tareq Fit, malah cuba ambil iktibar.
Tetapi,saman tersebut dibuat kerana tindakan Tareq Fit yang telah mengganggu perniagaannya dengan info yang tidak benar, bahkan Tareq ada mengeluarkan kata-kata yang bercanggah (misleading).

Dalam pada itu, Ojen tetap mengambil teguran lain dan cuba perbaiki diri seperti mengenakan solekan, namun begitu, tindakan saman terhadap Tareq Fit tetap dijalankan.

Sumber : Threads @ojennaiwahhh_

1 week ago
26











![[VIDEO] Kelindan Lori ‘Lepas Rindu’ Jumpa Mak Ayah Di Tepi Jalan Sebelum Sambung Kerja, Buat Ramai Sebak](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/01/ft-pemandu-lori-lepas-rindu.jpg)



















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















