Seperti yang kita sedia maklum, malam tadi merupakan penutup perlawanan Piala Dunia 2026 yang menyaksikan kemenangan Sepanyol menentang Argentina 1-0.
Pastinya kehangatan semasa perlawanan itu dirasai di seluruh dunia dan di Malaysia misalnya, selain di kedai mamak, ramai yang berkerumun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur untuk menyaksikannya.
Namun begitu, amat menghampakan apabila melihat suasana di Dataran Merdeka dipenuhi dengan sampah sarap selepas habis perlawanan.
Artikel berkaitan: “Kuatkan dirimu” – Ramai Terharu Lihat Hannah Yeoh Turun Mahkamah, Beri Semangat Kepada Bella Astillah
Artikel berkaitan: “Hannah Yeoh kini..” – PMX Umum Lantikan & Pertukaran Portfolio Baru Dalam Kementerian
Saya kecewa – Hannah Yeoh
Menteri Wilayah, Hannah Yeoh meluahkan rasa kecewa terhadap sikap rakyat Malaysia yang mengabaikan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebersihan.
Jelasnya, biarpun ramai pembayar cukai di Malaysia ini berhak untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik, tindakan membuang sampah ke dalam tong sampah adalah satu perkara asas yang sepatutnya dilakukan sendiri.

“Dataran Merdeka bukan sekadar lokasi acara. Ia sebahagian daripada sejarah negara dan maruah kota kita.”
“Malaysia MADANI bukan hanya tentang kerajaan yang menunaikan tanggungjawab. Ia juga tentang rakyat yang tahu menuntut hak tetapi tidak lupa melaksanakan perkara asas.”

“Seperti yang sering ditekankan oleh YAB Perdana Menteri, kemajuan bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal tetapi juga melalui sikap kita dalam menghormati dan menjaga ruang awam.”

Beliau turut memberikan penghargaan buat pasukan DBKL yang bertugas untuk membersihkan kawasan tersebut, Hannah Yeoh juga berpesan untuk ‘tidak mengotorkan rumah sendiri’ dan mengharapkan orang lain yang membersihkannya.
Sumber : Facebook

1 day ago
14









![[VIDEO] Leandro Paredes Dilayangkan Kad Merah, Gara-gara Cuba Cek*k Pemain Lepas Wisel Penamat](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/07/ft-paredes.jpg)





















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















