Pertama Kali Dalam Sejarah, Juara Piala Dunia Akan Sarung Cincin Khas FIFA

16 hours ago 13

Buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memperkenalkan cincin kejohanan sebagai penghargaan kepada juara Piala Dunia 2026.

Pasukan yang muncul juara akan menerima cincin khas selain trofi Piala Dunia yang menjadi simbol kejayaan paling berprestij dalam sukan berkenaan.

Bagaimanapun, cincin tersebut tidak akan diserahkan serta-merta kepada semua pemain selepas perlawanan akhir.

Ketika majlis penyampaian, hanya kapten pasukan dan ketua jurulatih akan menerima cincin sementara, manakala versi rasmi yang disesuaikan mengikut pemilik masing-masing akan disampaikan pada satu majlis khas nanti.

🚨🚨| BREAKING: The 2026 World Cup Champions will receive championship 𝐑𝐈𝐍𝐆𝐒 for the very first time in history.

Inspired by North American sports tradition, 30 rings will be handed out to the winners.

There will also be limited-edition rings available for fans worldwide. pic.twitter.com/wbHZAlCp32

— CentreGoals. (@centregoals) July 17, 2026

Artikel berkaitan: “It was written” – Pernah Dimandikan Ketika Bayi, Kini Messi Bakal Berentap Dengan Yamine Yamal Di Final World Cup!

Artikel berkaitan: Lain Dari Yang Lain! Jurufoto Curi Perhatian Rakam Piala Dunia 2026 Guna Teknik ‘Old School’

Hanya 1,996 unit sahaja dijual kepada peminat seluruh dunia

Menariknya, FIFA turut membuka peluang kepada penyokong untuk memiliki sebahagian daripada sejarah Piala Dunia yang mana cincin kejohanan ini turut mempunyai nombor siri individu dan akan dijual kepada peminat di seluruh dunia.

Daripada keseluruhan pengeluaran itu, 30 cincin diperuntukkan khas kepada skuad juara, manakala baki 1,996 unit ditawarkan sebagai koleksi eksklusif kepada penyokong.

Pengenalan cincin kejohanan ini sekali gus mencipta sejarah baharu buat FIFA kerana ia merupakan kali pertama di bawa ke pentas bola sepak dunia, sinomin dengan tradisi liga sukan utama Amerika Utara.

Menurut FIFA, reka bentuk cincin itu menampilkan trofi ikonik Piala Dunia pada satu bahagian, manakala bahagian bertentangan akan diperibadikan dengan lambang serta identiti negara yang muncul juara.

Setiap cincin turut dilengkapi nombor siri unik, saiz mengikut pemilik dan sijil pengesahan ketulenan, menjadikannya bukan sekadar hadiah kemenangan tetapi juga koleksi berprestij yang mempunyai nilai sentimental tinggi.

Langkah bersejarah itu dilihat sebagai usaha FIFA untuk memberikan kenangan yang lebih bermakna kepada pemain dan pegawai pasukan yang berjaya mengukir nama sebagai juara dunia.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |