Penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa terharu kerana dapat berpeluang untuk bersua dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan Tun Hasmah.
Menerusi Instagram miliknya, Bella Astillah begitu teruja menerima nasihat yang sangat bernilai buat dirinya dan tunang, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tentang tips membina rumah tangga.
Artikel berkaitan: “Supaya boleh solat on time” – Bella Astillah Kongsi ‘Port’ Rehat Syed Saddiq Sepanjang 4 Hari Larian Kesyukuran
Artikel berkaitan: “Terima kasih kepada tunang saya” -Bebas Dari Tuduhan, Syed Saddiq & Bella Astillah Akan Buat ‘Pengumuman’ Malam Ini
“Tun M dan Tun Hasmah dah 70 tahun bersama MashaAllah, semoga menjadi bekalan sepanjang perjalanan hidup kami amiin yra.“

Dalam hantarannya, dapat dilihat yang mereka bergambar bersama-sama tokoh negara itu, di samping video mereka beramah mesra, meluangkan masa bersama dan turut kelihatan Bella dilihat merasa terharu dan sebak apabila mendapat pelukan erat dan ciuman kasih sayang daripada Tun Hasmah.

“Tak sangka boleh star struck teruk. Perasaan Bella tadi sama macam masa jumpa Lee Min Ho dan Afgan. I’ve adored him since I was little. Meeting him in person felt surreal, thank you.”
Sebelum ini, selepas mahkamah memutuskan yang Syed Saddiq kekal dibebaskan, Ahli Parlimen Muar itu terus membuat pengumuman yang beliau bersama tunangnya Bella Astillah bakal berkahwin, namun begitu mereka masih belum kongsikan tarikh majlis yang lebih spesifik tetapi mengatakan ia akan diadakan dalam masa terdekat.
Sumber : Instagram

22 hours ago
20









![[VIDEO] Leandro Paredes Dilayangkan Kad Merah, Gara-gara Cuba Cek*k Pemain Lepas Wisel Penamat](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/07/ft-paredes.jpg)





















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















