“Supaya boleh solat on time” – Bella Astillah Kongsi ‘Port’ Rehat Syed Saddiq Sepanjang 4 Hari Larian Kesyukuran

13 hours ago 5

Ramai sedia maklum bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam misi Larian Kesyukuran Muar sejauh kira-kira 170 kilometer dari Istana Kehakiman, Putrajaya ke Laman Maharani.

Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana dan bilakah beliau berehat, membersihkan diri dan menguruskan keperluan hariannya sepanjang larian yang mengambil masa selama empat hari itu.

Menjawab persoalan tersebut, penyanyi dan pelakon Bella Astillah tampil berkongsi video mengenai tempat berehat tunangnya.

Screenshot 2026 07 17 155324

Dalam hantaran tersebut, Bella memperlihatkan sebuah karavan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan sebagai tempat berehat Syed Saddiq sepanjang larian berkenaan.

“Bella sangat gembira kerana mempunyai karavan ini supaya YB (Syed Saddiq) boleh solat on time kerana perjalanan pun amat jauh selama empat hari.

“Tempat di dalam pun amat besar. Lengkap dengan tempat solat, tempat tidur, dapur dan tandas,” katanya.

Menerusi video tersebut, turut dipaparkan beberapa ruang di dalam karavan tersebut termasuk tempat tidur, ruang makan dan beberapa kemudahan lain.

Artikel berkaitan: “Ini larian kali pertama” – Untuk Dana & Protes, Syed Saddiq Mulakan Larian 200KM Dari Muar Ke Parlimen

Artikel berkaitan: Bertahun-tahun Turun Naik Mahkamah, Ini Kronologi Kes Syed Saddiq

Dalam pada itu, Bella menyatakan dirinya tidak dapat menyertai larian tersebut, namun meminta orang ramai mendoakan agar Syed Saddiq dapat menamatkan misinya dengan selamat.

“Doakan semoga dia berjaya dan selamat. Saya tak dapat sertai dan hanya mampu beri sokongan dari jauh,” ujarnya.

@teambassofficial

Haaa di sinilah YB akan rest, solat dsb sebelum meneruskan larian.. thank you @bellaastillah for the tour 😘😘 #bellaastillahsyedsaddiq #teambassofficial #basstiess #foryoupage #basstiess🤍🖤 @Kitsui Malaysia

♬ original sound – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 OFFICIAL – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 OFFICIAL

Dalam perkembangan lain, Syed Saddiq sudah berjaya mengumpul RM54,692 daripada sasaran keseluruhan RM200,000 untuk hari pertama.

Difahamkan, misi larian itu dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran selepas melalui perjuangan panjang membersihkan nama dan maruahnya.

Selain itu, program tersebut membawa matlamat kebajikan dengan sasaran mengumpul dana sebanyak RM200,000 bagi membantu penduduk di kawasan Parlimen Muar.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |