“Budak kecil tak tahu apa-apa…” – Anak Kena Sembur Komen Jahat, Bella Astillah Tahan Air Mata Ketika Live

11 hours ago 5

Pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah meluahkan rasa terkilan dan terkesan apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang tergamak melemparkan kata-kata kesat terhadap anak bongsunya, Ara Adreanna.

Menerusi satu sesi siaran langsung baru-baru ini, pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, tidak dapat menahan sebak apabila isu berkenaan mula melampaui batas sehingga melibatkan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Ibu kepada dua cahaya mata ini turut memohon sedikit ruang dan masa sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya demi melindungi ketenteraman keluarganya.

Artikel berkaitan: “Supaya boleh solat on time” – Bella Astillah Kongsi ‘Port’ Rehat Syed Saddiq Sepanjang 4 Hari Larian Kesyukuran

Artikel berkaitan: “Terima kasih kepada tunang saya” – Bebas Dari Tuduhan, Syed Saddiq & Bella Astillah Akan Buat ‘Pengumuman’ Malam Ini

@daputeris

Sape yg buat kesayangan kita nanes pepagi ni??? Hmm sape yg xde life sgt kacau ara tempoyot tu. Nk kena babap ni. 😌 Takpelah you’re strong woman. Betul Allah tu Maha Baik. Cantik aturan Dia utk bella dan sekeluarga sekarang.💕 #ybss #bass #bellastillah #era

♬ suara asli – 🅴🆂 – 𝙀𝙭𝙘𝙚𝙡𝙡𝙚𝙣𝙩 𝙎𝙩𝙖𝙮

“Sudah semestinya sebagai ibu saya terasa. Beri saya sedikit masa. Banyak lagi perkara saya kena susun betul-betul. Tak nak bertindak melulu,” katanya sambil mengesat air mata.

Meskipun sering kali menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah ini memilih untuk kekal tenang dan menyerahkan segala urusan hidupnya kepada ketentuan ilahi.

“Selepas itu dengan bangganya memberitahu dia akaun palsu. Saya okey saja sebab tahu Allah Maha Baik.

Bunyi macam klise, tapi itu hakikatnya. Daripada dulu saya percaya benda itu dan saya lalui sebenarnya sangat berat.

Allah Maha Baik, mesti ada sebab dan hikmah kenapa jadi macam ini,” luahnya lagi.

Dalam masa yang sama, Bella bersyukur kerana masih dikelilingi ribuan penyokong dan peminat yang sentiasa mendoakan kebaikan buat dirinya dan anak-anak.

Bukan itu sahaja, Bella turut meluahkan rasa hairan dengan mentaliti sesetengah individu yang tergamak meluangkan masa dan tenaga semata-mata mahu menjatuhkan serta memalukan orang lain demi kepuasan peribadi.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan melampau seorang individu yang sanggup melabel anak kedua Bella, Ara Adreanna, sebagai kanak-kanak kurang upaya atau cacat.

Tuduhan tidak berasas itu timbul hanya kerana netizen kerap melihat Ara didukung oleh Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta rakan rapat keluarga mereka dalam beberapa video dan foto sebelum ini.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |