Pelakon veteran, Kartina Aziz, baru-baru ini mendedahkan realiti sebenar yang berlaku dalam industri perfileman membabitkan penganiayaan terhadap pelajar praktikal.
Beliau berkongsi kisah seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditugaskan sebagai pembantu pengarah, namun pada hakikatnya hanya dikerahkan untuk melakukan kerja berat seperti menarik kabel sahaja.
Artikel berkaitan: Belum Lagi Ditayangkan, Poster Filem Baharu Duyung Dikritik Nampak Murah
Artikel berkaitan: Bukti Kreativiti Lebih Hebat Dari Duit, Ini 5 Filem Yang Bajet Rendah Tapi Pecah Rekod Box Office
Isu ini menjadi lebih menyedihkan apabila menyentuh soal kebajikan dan bayaran yang diterima oleh mereka.
Menurut laporan mStar, Kartina mendedahkan bahawa dia pernah melihat sendiri pelajar praktikal diberikan elaun yang sangat rendah dan tidak masuk akal bagi skala kerja dalam sebuah produksi.
“Saya juga sempat tengok depan mata, ada pelajar yang bekerja dalam produksi filem cuma dibayar elaun sebanyak RM150,” katanya.
Menurut pelakon yang popular menerusi filem Mami Jarum ini, tindakan tersebut adalah tidak wajar kerana pelajar sepatutnya datang ke set untuk menimba ilmu dan pengalaman yang sesuai dengan jawatan mereka.
Beliau yang dikenali sebagai seorang yang sangat akrab dengan kru produksi mengakui sering mengetahui perkara sebenar yang berlaku di sebalik tabir.
“Bagi saya, itu tak patut. Alhamdulillah kru produksi lain baik dengan saya dan mereka saya anggap macam anak sendiri, sebab itu saya layan mereka dengan baik,” jelasnya lagi.
Selain isu bayaran, Kartina turut mendedahkan bahawa pelajar-pelajar ini sering berada dalam keadaan tertekan kerana menerima amaran keras. Jika mereka gagal memenuhi tuntutan kerja yang diberikan, mereka berisiko terpaksa mengulang semula peperiksaan.
Walau bagaimanapun, apa yang dikesalkan adalah sikap sesetengah pihak yang masih menjulang pengarah terbabit sebagai seorang yang profesional walaupun hakikat yang berlaku adalah sebaliknya.
Sumber: mStar

22 hours ago
6




![[VIDEO] Ketua Sindiket Scam Siber Chen Zhi Ditahan Di Kemboja, Kini Diekstradisi Ke China](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/01/ketua-scam-cambodia.png)


























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















