Antara dilema yang dihadapi golongan isteri apabila ada suami menggunakan kuasa mutlak sebagai ketua keluarga dalam hal kebajikan dan penjagaan ibu bapa mereka.
Seperti kisah yang dilaporkan ini, seorang wanita mengalami kecederaan di kepala kerana dipukul suami gara-gara melawat bapanya tanpa kebenaran.
Mangsa, seorang wanita tempatan berusia 32 tahun berkongsi kejadian yang berlaku pada pukul 7 malam, Jumaat lalu menerusi satu hantaran di media sosial.
Menurutnya, itu bukan pertama kali dia dipukul suaminya, sebaliknya pernah berlaku sebelum ini.
Artikel berkaitan: Tular Rakaman Lelaki T*mpar Isteri Dalam ‘Live’, Polis Terima Laporan Dari Adik Mangsa
Artikel berkaitan: “Biadap betul laki ni” – [Video] Suami Ugut Nak Pukul Isteri Dengan Kayu Lepas Tengok Kekasih Menangis Ditampar
“Perselisihan faham bermula apabila suami marah dan tidak puas hati kerana saya melawat bapa. Dia pukul saya menggunakan telefon bimbit menyebabkan dahi luka dan berdarah,” ujarnya.
Menurut wanita itu yang telah membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit, suaminya juga pernah menumbuknya di muka sehingga menyebabkan mata kanannya lebam.
Jelasnya lagi, dia melawat bapanya kerana memikul tanggungjawab menjaga lelaki itu selepas ibunya meninggal dunia.
“Minggu lalu, bapa saya terjatuh dari motosikal dan mengalami kecederaan, jadi saya perlu turut menjaganya,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada Sabtu lalu.
Sumber: Kosmo!