Isteri Anggota Tentera Sarat Hamil 8 Bulan, Suami Sibuk Jalin Hubungan Cinta Dengan Guru

1 day ago 11

Seorang wanita yang kini sedang sarat hamil 8 bulan mendedahkan bahawa suaminya yang bekerja sebagai anggota tentera kini sedang angau bercinta dengan seorang guru wanita.

Menerusi program televisyen popular di Thailand iaitu Hone Krasae pada Ahad lalu, wanita yang dikenali sebagai Tarn itu menyatakan dia kini mengalami tekanan emosi serius sampai hampir meragut nyawanya akibat kejadian ini.

Artikel berkaitan : Panglima Tentera Darat Bercuti Serta Merta, Beri Ruang Kepada Siasatan SPRM

Artikel berkaitan : Tular Wujud Aktiviti Tak Bermoral Dalam Kem ATM, Kementerian Pertahanan Arah Siasatan Dilakukan

Anak hampir gugur sebab terlalu stress

Kata Tarn, perkara itu terbongkar selepas suaminya yang bercuti daripada tugasan ketenteraan tidak pulang ke rumah bahkan gagal dihubungi sepanjang hari. Disebabkan itu, dia mendapatkan bantuan pegawai atasan suaminya itu untuk mengetahui keberadaannya.

“Selepas pegawai atasan berjaya menghubungi suami saya, barulah saya dapat berjumpa dengannya. Ketika itu saya mula berasa curiga.”

Naluri curiga terhadap suaminya yang tercinta itu mula terjawab setelah Tarn memeriksa telefon bimbit lelaki itu dan menemui perbualan yang berunsur romantik dengan seorang guru wanita yang dikenali sebagai Bee.

Screenshot 2026 01 06 120350

Tarn mendakwa suaminya mengaku tentang kecurangan itu dan berjanji untuk menamatkan hubungan sulitnya itu. Walau bagaimanapun, selepas kes itu terbongkar, Tarn mendapati bahawa suaminya masih berhubung dengan kekasih gelap dan meneruskan hubungan intim selama beberapa bulan.

“Saya minta dia pilih sama ada keluarga atau wanita itu, tetapi dia enggan membuat keputusan.”

Akibat kejadian itu, dia mengalami tekanan emosi dan Tarn mendedahkan dia pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami threaten miscarriage disebabkan tekanan emosi berpanjangan.

Lebih menyedihkan lagi, Tarn mendakwa suaminya langsung tidak datang melawatnya sepanjang dirawat, sebaliknya terus meluangkan masa bersama guru wanita berkenaan.

Dalam temu bual tersebut, Tarn turut mendesak guru wanita tersebut dipecat kerana menganggap bahawa tingkah lakunya tidak mencerminkan nilai murni seorang pendidik dan ianya tidak wajar menjadi contoh buat kanak-kanak.

Screenshot 2026 01 06 120410

Walaupun menyedari pendedahan itu boleh menjejaskan kerjaya ketenteraan suaminya, Tarn menegaskan bahawa dia tetap mahu menuntut keadilan demi diri dan anak yang bakal dia lahirkan.

Bagaimanapun, setakat ini pihak majikan suaminya masih belum memberikan sebarang respon rasmi, manakalah pihak sekolah tempat guru wanita itu berkhidmat telah memaklumkan bahawa satu jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan bagi meneliti dakwaan tersebut.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |