Bapa Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu Zaim Ikhwan Zahar meluahkan rasa kecewa dengan pihak polis dan anggap pertuduhan mengabaikan anak lelakinya itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lalu itu sebagai mengarut.
Zaim Ikhwan, 30 dilihat sugul sejurus beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, terhadap tuduhan tersebut hari ini.
Artikel berkaitan : Kes Zayn Rayyan: Ismanira Menangis Selepas Diperintah Bela Diri
Artikel berkaitan : ZMahkamah Arah Ibu Zayn Rayyan Bela Diri, Bapa Lepas & Bebas Daripada Tuduhan Pengabaian
“Saya tak tahu. Tapi apa-apa yang saya boleh cakap, saya kecewa dengan pihak polis. Sepatutnya pertuduhan ini memang tak ada. Ini semua mengarut.”
Dia turut menzahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap siasatan polis, walaupun mendakwa dia sudah memberikan kerjasama penuh.
“Sepanjang (siasatan) saya sudah bagi kerjasama, saya sudah bagi kerjasama. Saya bagi kepercayaan kepada pihak polis untuk tangkap pembunuh anak saya. (Tetapi) pembunuh anak saya masih di luar sana. Inikah hasilnya? Memang saya sangat kecewa.”
Dalam pada itu, peguam yang mewakili Abdul Matin dan Ismanira iaitu Haresh Mahadevan, berkata pihaknya berpuas hati dan hormat keputusan yang dibuat oleh mahkamah.
“Okay, kita puas hati. Kita hormat keputusan hakim. Zaim dibebaskan. Ismanira dipanggil untuk bela diri.
“Ismanira sudah beri keterangan dari pagi sampai sekarang jam 5 petang.
“Kita akan sambung esok dan mungkin selepas tengah hari pihak timbalan pendakwa raya akan pemeriksaan balas.”
Dalam pada itu seorang lain peguam yang mewakili pasangan itu, menyifatkan keputusan mahkamah yang membebaskan Zaim dan memerintahkan Ismanira membela diri sebagai satu perkara yang biasa.
Sumber : Harian Metro