1 Syawal

Baru-baru ini tular dakwaan di media sosial apabila ada yang membuat andaian bahawa 1 Syawal bukan jatuh pada hari Sabtu sebaliknya berkemungkinan jatuh pada hari Jumaat.

Isu kerisauan penetapan 1 Syawal untuk tahun ini itu telah mendapat perhatian ramai dan ada yang berpendapat umat Islam di Malaysia mungkin mengalami raya terkejut seperti pada tahun 2022.

7Gambar sekadar hiasan

Namun, Jabatan Mufti Negeri Perak menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai tarikh hari raya Aidilfitri.

Menurut mufti, takwim adalah panduan hisab awal di mana takwim hijri yang diedarkan kepada umum telah didudun berdasarkan data hisan sebagai panduan perancangan tahunan.

Walau bagaimanapun, penetapan rasmi 1 Syawal adalah tertakluk kepada proses rukyah hilal pada petang 29 Ramadan serta pengisytiharan pihak berautoriti,” jelas Jabatan Mufti Negeri Perak.

Artikel Berkaitan: “Memang kita kerja pergi kedai je” – Netizen ‘Geram’ Dengan Kerenah Khairul Aming Kongsi Resepi

Artikel Berkaitan: Wanita Ditahan Lepas Tular Video Selamba Buat Live Sambil Makan Di Bulan Ramadan

Oleh itu, apa-apa perbezaan antara jangkaan takwim dan keputusan rasmi bukanlah perkara luar biasa dalam sistem penentuan awal bulan Islam.

Selain itu, Malaysia mengamalkan pendekatan rukyah dan hisab secara bersepadu.

4 4 5 3

Selain itu, keadaan cuaca seperti awan tebal, jerebu atau gangguan atmosfera juga antara cabaran utama dalam proses cerapan.

Apa-apa pun, jika anda risau raya terkejut seperti tahun 2022 berulang lagi, anda boleh sahaja membuat persiapan awal untuk menyambut hari raya Aidilfitri nanti.

Yang penting, tunggu keputusan dan pengumuman rasmi daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja nanti mengenai penetapan 1 Syawal.

Sumber: Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.