Dengan lambakan kesan buruk melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur seperti child grooming dan pornografi kanak-kanak, tindakan yang diambil oleh kerajaan Indonesia ini dilihat satu inisiatif yang diharapkan mampu mengurangkan kes sedemikian.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital Republik Indonesia iaitu Meutya Hafid menerusi TikTok rasmi kementerian itu mengumumkan bahawa penggunaan atau akses media sosial untuk remaja yang berumur bawah 16 tahun di negara itu bakal disekat.
@kemkomdigiHari ini pemerintah mengambil satu langkah penting untuk masa depan anak-anak Indonesia. Melalui Peraturan Menteri Nomor 9 Tahun 2026 turunan dari PP TUNAS, pemerintah menetapkan bahwa anak di bawah 16 tahun tidak lagi dapat memiliki akun pada platform digital berisiko tinggi. Mulai 28 Maret 2026, implementasi dilakukan secara bertahap, dimulai pada platform seperti YouTube, TikTok, Facebook, Instagram, Threads, X, Bigo Live, dan Roblox. Keputusan ini diambil karena ancaman di ruang digital bagi anak-anak semakin nyata: pornografi, perundungan siber, penipuan online, hingga adiksi digital. Kami memahami langkah ini mungkin menimbulkan ketidaknyamanan di awal. Namun pemerintah tidak bisa tinggal diam ketika masa depan anak-anak dipertaruhkan. Pemerintah memastikan tanggung jawab perlindungan anak berada pada platform yang mengelola ruang digital, sehingga orang tua tidak harus menghadapi tantangan ini sendirian. “Teknologi harus memanusiakan manusia, bukan mengorbankan masa kecil anak-anak kita.” – Menkomdigi Meutya Hafid #KementerianKomdigi #Komdigi #Menkomdigi #PPTUNAS
♬ original sound – Kemkomdigi RI – Kemkomdigi RI
Artikel Berkaitan: “Ramai followers budak sekolah” – Caprice Dedah Ada ‘TikTok Famous’ Jual Video Tak Senonoh Di Telegram?
Artikel berkaitan: “Pulau sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan” – LPF
Difahamkan, larangan akses kepada platform media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun itu akan bermula pada hujung bulan ini iaitu pada 28 Mac nanti.
Langkah ini diambil kerana pihak pemerintah Indonesia mendapati kanak-kanak zaman kini sering menghadapi ancaman yang semakin nyata seperti pendedahan kepada buli siber, penipuan dalam talian, ketagihan dan pornografi.
Difahamkan, remaja bawah 16 tahun di negara itu tidak lama lagi tidak akan dapat mengakses platform media sosial seperti TikTok, Instagram, X, Bigolive, Facebook termasuk Roblox dan sebagainya, lapor Channel News Asia.
Bermula tarikh tersebut nanti, mana-mana akaun platform media sosial yang dimiliki oleh remaja bawah 16 tahun akan mula dinyahaktifkan.
Difahamkan lagi, sekatan akses tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga semua platform media sosial mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Sumber: Channel News Asia

15 hours ago
10






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















