Pengarah ladang Farm Fresh Bhd, Jacob Mathan, 35, dilaporkan maut selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di Filipina pada pagi Isnin.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.20 pagi, 3 Mac berhampiran Pililla, di Wilayah Rizal semasa beliau dalam lawatan rutin ke sebuah tapak ladang berpotensi.
Artikel berkaitan: “Dah lama craving” – Tunaikan Permintaan Teringin Makan Puding Karamel, Wanita Tak Sangka Adik Meninggal Keesokannya
Artikel berkaitan: Kanak-kanak 6 Tahun Maut Selepas Basikal Dirempuh SUV
Enjin rosak sebelum terhempas
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut, helikopter dipercayai mengalami masalah enjin sebelum ianya terhempas. Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh Filipina, Shawn Pu yang turut berada dalam pesawat tersebut mengalami kecederaan namun kini dilaporkan stabil.
Sebagai info, Jacob menyertai Farm Fresh sejak 13 tahun lalu sebagai pelajar latihan industri universiti sebelum dia dilantik sebagai pengarah ladang.
Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Bhd, Loi Tuan Ee sifatkan kehilangan Jacob sebagai berita yang sangat memilukan dan menekankan jasa serrta peribadi mendiang.

“Jacob menyertai keluarga Farm Fresh sebagai pelajar latihan industri 13 tahun lalu. Saya masih jelas mengingati hari pertama beliau bersama saya di Ladang Mawai.”
“Beliau menunjukkan tanggungjawab tinggi, cepat belajar, dan paling penting, seorang insan yang baik hati. Beliau mesra, peramah dan sentiasa beradab dalam tutur kata serta perbuatan, malah baik hati terhadap lembu-lembu di ladang kami.”

“Sepanjang kerjayanya, Jacob berjaya meniti tangga kerjaya sehingga dilantik sebagai pengarahladang. Beliau seorang profesional yang boleh dipercayai dan dihormati, serta membina hubungan kukuh dengan pasukan, kontraktor, pembekal dan agensi kerajaan. Kehilangan beliau adalah satu kehilangan besar kepada keluarga Farm Fresh, dan hati kami turut hancur bersama keluarganya.”
Sumber : Berita Harian

3 hours ago
2






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















