2 Beradik Cilik Dapat Hadiah Pmx

Dua beradik cilik yang memberi duit raya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tidak menyangka mendapat hadiah balasan daripada keikhlasan mereka itu.

Aesha Khadeejah dan adiknya, Uwais Al Qarni, masing-masing berusia 10 dan lapan tahun baru-baru ini dikunjungi Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Datuk Abdul Kahar Abdul Hamid yang mewakili PMX untuk sumbangan tanda penghargaan kepada mereka.

Sebagai tanda penghargaan, PMX menyampaikan tablet, senaskah buku Iqra, wang tunai dan beg sekolah kepada dua beradik ini.

Artikel berkaitan: Hanya Di Sebalik Pagar Airport, Gelagat Dua Beradik Ini Beri Duit Raya Pada PMX Buat Netizen Terharu

Artikel berkaitan: Tular Isu Murid Di Beluran, Sabah Terpaksa Belajar Dalam Khemah, PMX Arah Tindakan Segera Diambil

@lobakmerahmy

Siapa sangka, di sebalik kesibukan menguruskan negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sempat meluangkan masa untuk satu momen yang cukup rare dan menyentuh hati! Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan gelagat spontan dua beradik, Adik Uwais Al Qorni dan kakaknya, Aesha Khadeeja, yang sanggup menunggu PMX di pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu semata-mata nak bagi duit raya! Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah!🧡 Terima Kasih!

♬ original sound – LOBAK MERAH – LOBAK MERAH

670987011 26886917337607179 4942245279118916858 N

Menceritakan detik manis pada hari kejadian, Aesha berkata ibunya, Liza Fadzilah Abdul Hamid menemani mereka dan sanggup menunggu kira-kira satu jam selepas mengikuti kenderaan polis daripada Simpang Tokku hingga ke LTSM untuk melihat sendiri Perdana Menteri.

“Kami terserempak rombongan Perdana Menteri ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengikuti kelas Iqra di Kampung Simpang Tok Ku, kira-kira jam 9 malam,” katanya.

Difahamkan duit raya yang diberikan sebanyak RM7 itu merupakan wang belanja sekolah dua beradik ini.

Dalam pada itu, Aesha turut berhasrat menyampaikan hadiah keropok lekor dan dan melawat pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.