Gsf 2.0

Hampir 40 rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, India dan Cina terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 kali ini.

Menurut Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, kebanyakan peserta misi terdahulu tidak kembali sebagai peserta, sebaliknya diberi peranan baharu yang lebih strategik.

Ini adalah sebahagian daripada strategi kita untuk meningkatkan keupayaan dan pengalaman pasukan,” katanya.

Tambah beliau, hanya seorang daripada misi terdahulu yang kembali dengan peranan khusus iaitu bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA), yang akan membantu dalam tugasan tertentu bersama pasukan.

@nadiralnuri2022 Apa peranan rakyat Malaysia dalam GSF 2.0 kali ini? Hampir 40 orang rakyat Malaysia, termasuk yang berbangsa Melayu, India dan Cina bersama dalam misi kali ini. Adakah ada peserta tahun lepas dililih semula? Tidak ada Sumudee lama yang ikut serta sebagai peserta melainkan Haji ZRA yang mempunyai tugas khusus bersama Ahmad Faezal nanti. Peserta misi lepas kesemuanya hadir pada kali ini dengan tugas khusus sebagai pelatih antarabangsa, kru bot dan organizer (ketua bot). Ia hasil strategi kita untuk meningkatkan kapasiti dengan latihan bersama Jabatan Laut, pengucapan awam dan ilmu terkait P. Dengan ini penglibatan Malaysia diangkat ke tahap lebih tinggi dan menyediakan asas untuk kita menguruskan sendiri misi seperti ini pada masa akan datang, dengan acuan kita. Malah, Malaysia menyelamatkan misi dengan menghantar puluhan ahli pasukan medik pada saat akhir yang sangat-sangat diperlukan. Perjalanan ini masih panjang dan memerlukan dokongan semua. Terima kasih dan tahniah Malaysia. #sumudnusantara #NusantaraForGaza #nadiralnuri ♬ original sound – nadiralnuri

Artikel berkaitan: Pengarah Program Jelaskan Pengibaran Bendera Israel Hanya Gimik Apa Yang Berlaku Kepada Sukarelawan GSF

Artikel berkaitan: Separuh Sukarelawan GSF Malaysia Dibicarakan Tanpa Peguam – Menteri Luar

Nadir Al Nuri Gambar Fb1Nadir al-nuri

Dalam masa sama, Nadir berkata, penglibatan Malaysia dalam misi kemanusiaan ini kini semakin berkembang apabila negara mula membina asas untuk mengendalikan operasi seumpamanya secara lebih tersusun dan berdikari pada masa depan.

“Malah, Malaysia turut membantu menyelamatkan misi dengan menghantar puluhan ahli pasukan perubatan pada saat akhir, yang amat diperlukan.

“Perjalanan ini masih panjang dan memerlukan sokongan semua pihak. Terima kasih dan tahniah Malaysia,” katanya.

Sumber: TikTok Nadir Al-Nuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.