Api Ft

Mangsa kebakaran di Kampung Bahagia kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan beberapa bantuan segera bagi meringankan beban mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penggantian dokumen pengenalan diri seperti MyKad, MyKid, sijil kelahiran dan dokumen berkaitan akan dilakukan secara percuma melalui perkhidmatan bergerak Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR).

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan digerakkan terus ke Kampung Bahagia untuk memproses penggantian dokumen yang musnah.

Anwar Sabah

“Kita kembalikan Sijil Kelahiran, MyKid, MyKad, Sijil Kematian, Sijil Perkahwinan bagi bukan Islam kita berikan dan tampung kosnya, tidak bayar,” kata Anwar selepas melawat mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Projek Perumahan Rakyat Taman Batu Sapi. 

Menurut beliau, inisiatif ini bertujuan memudahkan mangsa yang kehilangan dokumen penting selepas kebakaran besar yang memusnahkan kira-kira 1,000 rumah dan melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.

Anwar Sabah 2

Artikel berkaitan: “Kami maafkan” – Diherdik Ketika Padam Kebakaran Di Sandakan, Anggota Bomba Tak Kecil Hati Dilabel Tak Berguna

Artikel berkaitan: Warga Emas Pekak & Bisu M*ut Terperangkap Dalam Satu Kebakaran Rumah

Dalam masa sama, bantuan pendidikan sebanyak RM300 turut diberikan kepada 454 pelajar dari 12 sekolah yang terjejas bagi membantu mereka mendapatkan keperluan asas persekolahan.

Anwar Sabah 3

Anwar berkata, pelajar juga dibenarkan hadir ke sekolah tanpa pakaian seragam buat sementara waktu, sementara bantuan seperti pakaian dan kelengkapan diuruskan.

Kerajaan turut memberi jaminan bahawa kemudahan logistik termasuk pengangkutan akan disediakan supaya sesi pembelajaran tidak terganggu.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.