Syaz Ft 2026 03 03T120248.349

Pelakon dan penyanyi terkenal, Janna Nick, baru-baru ini berkongsi satu kisah mengejutkan melibatkan seorang rakan artis yang kini sedang tular berkaitan isu penipuan atau scam.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Janna mendedahkan pengalaman peribadinya yang menimbulkan seribu satu persoalan mengenai situasi sebenar rakan artis tersebut.

Menurut Janna, dia dan individu berkenaan pernah mempunyai hubungan yang rapat sebelum rakan artis itu tiba-tiba menghilangkan diri secara tiba-tiba. Namun, selepas beberapa tahun tidak kedengaran khabar berita, individu tersebut didakwa telah menghantar pesanan ringkas melalui WhatsApp untuk meminjam wang sebaik sahaja mereka kembali berhubung.

Artikel berkaitan: “Korang asyik seru-seru nama aku” – Nama Dipetik Oleh Janna Nick, Ini Respons Michael Ang

Artikel berkaitan: “I hope you heal” – Janna Nick Akhirnya Bersuara, Tegaskan Hantaran Bersifat Umum

Kerana rasa rindu dan prihatin terhadap rakan lamanya itu, Janna membuat panggilan telefon sejurus selepas menerima mesej tersebut untuk bercakap sendiri dengan rakannya. Walau bagaimanapun, keadaan menjadi pelik apabila panggilan tersebut bukan dijawab oleh rakan artis berkenaan, sebaliknya suaminya yang mengangkat telefon tersebut.

Suami rakan artis itu memberikan alasan bahawa isterinya sedang berada di klinik, sedangkan Janna baru sahaja berbalas mesej dengan nombor tersebut beberapa saat sebelum panggilan dibuat.

Situasi ini menimbulkan tanda tanya besar buat Janna kerana dia berasa musykil tentang siapa sebenarnya yang membalas mesejnya jika rakan tersebut dikatakan sedang berada di klinik. Beliau secara terbuka meluahkan rasa bimbang dan mengesyaki bahawa rakan artis itu mungkin tidak memegang sendiri telefon bimbitnya.

Dalam pada itu, Janna berharap agar ada pihak yang dapat membantu atau ‘menyelamatkan’ rakan artis tersebut kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan yang sedang berlaku.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.