Prince Syed

Usahawan dan personaliti media sosial kontroversi, Prince Syed akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung satu hantaran mencurigakan yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, semalam.

Hantaran tersebut memaparkan gambar hitam putih dirinya bersama latar surah Al-Fatihah seolah-olah beliau telah meninggal dunia.

Perkongsian yang dibuat secara tiba-tiba tanpa sebarang penjelasan itu mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengikut sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai keadaan sebenar beliau.

Prince SyedHantaran tular di media sosial yang memaparkan prince syed bersama latar surah al-fatihah seolah-olah beliau telah meninggal dunia

Tampil membuat kenyataan menerusi satu video di TikTok, Prince Syed mendakwa terdapat individu yang mengakses telefon bimbitnya dan memuat naik hantaran berkenaan tanpa pengetahuannya.

Menurutnya, telefon tersebut tertinggal di sebuah kedai makan selepas berbuka puasa dan ketika dia kembali untuk mengambilnya, peranti itu sudah hilang.

Telefon itu memang tiada kata laluan. Cepat dia kunci Facebook dan TikTok. Pandai betul bab-bab macam ini,” katanya.

Artikel berkaitan: “Bini abang cantik sangat” – Prince Syed Tayang Penampilan Terbaharu Isteri, Makin Kurus & Bergaya

Artikel berkaitan: Ibu Bapa Mentua & Adik Ipar Tak Mengaku Bersalah Cederakan Prince Syed

Prince Syed Prince syed dan isterinya

Dalam masa sama, beliau meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan individu berkenaan yang disifatkan melampau dan tidak wajar dijadikan bahan gurauan.

“Kalau tidak suka sekalipun, janganlah sampai buat perkara seperti itu. Hidup dan mati bukan perkara untuk dipermainkan.

“Kami tidak mengganggu orang. Tetapi sejak hari pertama di media sosial, sentiasa ada sahaja yang tidak berpuas hati,” katanya.

Prince Syed turut mengakui insiden tersebut memberi kesan emosi kepadanya dan membuatkan dirinya berasa penat berdepan kecaman serta fitnah berterusan.

Saya letih dengan dunia yang penuh fitnah. Namun saya tidak akan membalas. Biarlah Allah yang membalas.

“Saya tidak ada masa untuk membuat kandungan tidak berfaedah seperti itu. Tidak pasal-pasal menjadi kontroversi,” ujarnya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.