Seorang wanita ditahan atas kesalahan menyerang pegawai polis menggunakan pisau selepas gagal membuat pembayaran menggunakan aplikasi di telefon bimbit miliknya.
Kejadian yang berlaku di sebuah restoran yang terletak di Hong Kong ini terjadi kira-kira jam 12.14 pagi (waktu tempatan) pada 3 Januari lepas di Lung Sum Avenue.
Artikel berkaitan : Wanita Buat Laporan Polis Terjumpa Bayi Dalam Tandas Di Stesen Minyak Tapi Rupanya Bayi Sendiri?
Artikel berkaitan : Tular Pempengaruh Tak Puas Hati Tengok Hasil Dekorasi, Pemiilik ‘Backdrop’ Buat Laporan Polis Sebab..
Naik angin sebab handphone habis bateri
Kejadian itu tular menerusi satu video yang memperlihatkan wanita tersebut sedang berdiri di dalam restoran sambil memegang sebilah pisau bersama gunting di kedua-dua belah tangannya.
Menurut sumber, selepas polis membuka pintu restoran tersebut, wanita itu terus lari ke arah polis sambil mengacukan pisau kepada mereka.

Suspek bagaimanapun berjaya ditundukkan dan ditangkap oleh kira-kira 13 pegawai polis di tempat kejadian.
“Suspek, yang dikenai Liu, 32, tiba di Hong Kong dari Vietnam semalam. Dia cuba membuat pembayaran menggunakan aplikasi WeChat tetapi gagal kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri.”

“Pemilik restoran menyuruh suspek mengecas telefonnya di dalam kedai, tetapi emosinya tiba-tiba menjadi tidak terkawal.”
Dia kini berdepan dengan tuduhan memiliki senjata berbahaya, menyerang pegawai polis dan kerosakan jenayah. Dia juga masih dalam tahanan dan siasatan polis sedang dijalankan.
Sumber : WORLD OF BUZZ

2 days ago
24































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















