Biarpun ditimpa malang, sebuah keluarga tular selepas dilihat bersikap ‘santai’ tanpa menunjukkan rasa sedih apabila rumah mereka dijilat api dan menyebabkan tempat kediaman musnah sepenuhnya akibat litar pintas.
Dalam video yang telah meraih lebih 2.5 juta tontonan dalam masa 16 jam itu, mereka dilihat terhibur selepas menemui duit bernilai RM30 dalam sebuah beg masih dalam keadaan elok biarpun seluruh rumah rentung.
Artikel berkaitan: “Masa bagi bantuan dia rakam” – Individu Dakwa Wakil Parti Politik Minta Balik Bantuan Peti Sejuk Daripada Mangsa Rumah Terbakar
Artikel berkaitan: Hotel Terbakar Di Mekah, 70 Orang Jemaah Malaysia Selamat
“Kehadapan bos Christy Ng bag awak kalis api ke duit raya RM30 masih selamat walaupun rumah total lost terbakar baru-baru ni Gerik Perak.”
@sssuuueeeeeeKehadapan Bos @Christy Ng 💛 bag awak kalis api ke 😅 duit raya rm30 masih selamat walaupun rumah total lost terbakar baru2 ni Gerik Perak 😱 Buat Kupu2 ku @Ain semoga dipermudahkan segala urusan. awak kuat ♥️
♬ original sound – sssuuueeeeee – sssuuueeeeee
Memandangkan video tersebut tular, pemilik jenama beg tersebut iaitu Christy Ng menerusi ruangan komen tampil memberikan respon. Dalam komen tersebut, Christy meminta pemilik video untuk menghubunginya.

Video itu menerima pelbagai komen yang mendoakan ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran semoga urusan mereka dipermudahkan.
Dalam masa yang sama, ramai yang mula rasa terpukau dengan ketahanan beg Christy Ng yang dikatakan tahan lasak itu.

Sumber : TikTok

12 hours ago
14































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















