Setiap kali hari raya, banyak iklan yang menyentuh hati mula muncul. Ada yang buat kita tersenyum, ada juga yang buat kita sedih terkenangkan keluarga.
Seperti tahun ini, OCBC tampil dengan sebuah filem raya berjudul Di Samping Ayah. Ia membawakan satu kisah yang cukup dekat dengan kehidupan ramai orang. Lebih menyentuh hati, cerita ini juga turut diinspirasikan daripada kisah benar.
Kasih sayang ayah tak selalu diluahkan

Filem ini mengangkat hubungan antara seorang ayah dan anak dengan memfokuskan tentang bentuk kasih sayang yang jarang ditunjukkan secara jelas. Seperti yang ramai fahami, seorang ayah jarang mengeluarkan kata-kata besar atau bersikap dramatik, tapi setiap tindakan kecil yang dilakukannya membawa makna yang mendalam.
Ramai antara kita membesar dengan figura ayah yang tak banyak bercakap atau meluahkan perasaan, tetapi sentiasa ada dalam cara mereka tersendiri. Kadang-kadang, cara itu datang sendiri dalam bentuk teguran atau suara yang tegas, terutamanya bila melibatkan perkara yang penting.
Dulu rasa macam selalu kena marah, sekarang baru faham

Waktu kecil, momen-momen raya selalu datang dengan kenangan yang sama, kena bangun awal walaupun mengantuk, kena bersiap cepat dan kena ikut ayah pergi solat raya.
Kemudian kita juga turut sering ditegur, rasa macam semua benda yang kita buat, mesti ada salah.

Tapi bila dah besar ni, barulah kita nampak semua perkara ni dari sudut berbeza. Apa yang dulu kita anggap marah, sebenarnya cara dia mendidik. Apa yang dulu kita rasa menyusahkan, sebenarnya usaha ayah untuk memastikan kita membesar dengan nilai, adab dan rasa hormat terhadap tradisi.
Legasi bukan sekadar harta, tapi apa yang kita bawa dalam diri

Selain itu, filem ini turut mengajak kita untuk melihat semula maksud sebenar legasi.Selalunya bila sebut tentang legasi, ramai akan fikir harta atau sesuatu yang boleh diwarisi secara fizikal.
Tapi ramai yang tak sedar, legasi sebenar merupakan nilai, didikan dan cara kita melihat dunia. Cara kita membuat keputusan, cara kita melayan orang lain dan cara kita menghargai perkara-perkara kecil yang datang dari didikan yang telah dipupuk sedari kecil.
Untuk sekarang dan masa depan

Melalui Di Samping Ayah, OCBC turut membawa mesej bahawa apa yang benar-benar penting bukan hanya apa yang kita miliki hari ini, tetapi apa yang kita bawa bersama ke masa depan.
Mesej ini juga selari dengan komitmen OCBC “For Now, and Beyond”, dalam membantu individu merancang dan melindungi perkara yang paling bermakna untuk diri dan keluarga.
Kalau korang belum tonton lagi, mungkin ini adalah masanya untuk korang luangkan beberapa minit dan hayati sendiri kisah Di Samping Ayah. Cerita yang paling dekat dengan realiti itulah yang selalunya paling menyentuh hati.

11 hours ago
14






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















