Pelakon, Eyka Farhana hari ini mengumumkan menerusi Instagram dan TikTok bahawa dirinya sedang hamil cahaya mata pertama.
Aktres yang popular dengan drama Budak Tebing dan filem Autumn in Wales itu telah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid pada tanggal 2 Mei tahun lalu selepas bertunang pada tahun 2024.
@misseyka.fFrom two hearts to three 🤍 masyaallah tabarakallah Our greatest blessing is on the way.
♬ original sound – Eykafarhana – Eykafarhana
Eyka telah berkongsikan berita gembira itu menerusi akaun media sosialnya beserta kapsyen, “Daripada dua hati, menjadi tiga. Masya-Allah, Tabarakallah. Anugerah terbesar kami dalam perjalanan ini”.
From two hearts to three 🤍
Masyaallah Tabarakallah, our greatest blessing is on the way,” kongsi Eyka di Instagram.
Artikel berkaitan: “Stop tanya-tanya” – Janna Nick Emosi Kongsi Perjalanan ‘TTC’, Minta Orang Doakan
Artikel berkaitan: “Masa saya mengandung pun dia boleh p*kul saya lagi” – Uqasha Senrose
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada pasangan pelakon dan atlet bola sepak ini.
Eyka turut berkongsikan foto imbasan kehamilan dalam hantaran berkenaan.
Tahniah Eyka & Akhyar!

16 hours ago
8















![[VIDEO] Akhirnya Rebah! Lebih 40 Individu Berjaya ‘Tumbangkan’ Pokok Tualang Kebal Di Gua Musang](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/02/syaz-ft-2026-02-06T122058.933.png)















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















