Sekrang ini seorang TikToker yang msra dengan panggilan Akak Naga sedang tular kerana cara jualan dan barang yang dijual itu telah menarik perhatian netizen sampaikan ramai yang ketagih untuk membeli mainan yang dijualmya.
Cara jualan yang dianggap santai dan berpewatakan ceria itu telah membuatkan dia menjadi buah mulut ramai netizen, namun begitu rupa-rupanya tersirat kisah sedih yang menimpa dirinya sepanjang melakukan jualannya itu.
Artikel berkaitan : “Perit tengok kakak” – Keadaan Adik Ainul Mardhiah Makin Teruk, Bapa Minta Titipkan Doa
Artikel berkaitan : “Ayah lah cinta pertama saya”- Rakaman Pilu Seorang Anak Sewaktu Terima Berita Kematian Bapa Buat Netizen Sebak
Duit tak ada, pernah kena tipu
Dalam satu perkongsian video, Akak Naga tidak menahan sebak saat orang ramai tidak putus-putus memberikan gift kepadanya kerana terlalu bersyukur dengan rezeki yang melimpah kepadanya.
Pada masa yang sama, Akak Naga atau nama sebenarnya Nurfaezah Khalid, 34 menceritakan bahawa dia dihimpit dengan masalah kewangan kerana pernah ditipu oleh kontraktor rumah.
“Sebenarnya akak tunggu rumah, akak kena tipu, 5 tahun akak kena tunggu. Akak bayar sewa semua banyak lagi yang kena bayar. Tapi bila rumah akak ni siap, dah lama akak tunggu dapat rumah ni.”
“Akak cakap dengan laki akak, ‘rumah siap tapi duit tak ada’. Dalam masa yang sama, tiba-tiba saya viral. Akak cakap dengan ibu akak, ‘ibu perasan tak tiba-tiba rezeki itu datang.’Tak tahulah nak cakap apa, terima kasih semua. Semoga dimurahkan rezeki.”
@noraziemah89Kisah sedih akak naga ditipu @kakak naga #akaknaga
♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan
Menjengah ruangan komen, ramai netizen yang turut sebak apabila mendengar luahan Akak Naga ini, mereka juga mendoakan Akak Naga agar sentiasa di murahkan rezeki.
Kami juga doakan supaya bisnes Akak Naga terus maju.
Sumber : TikTok