remaja

Membimbangkan, itulah yang boleh digambarkan dengan data remaja hamil luar nikah di Malaysia pada masa kini.

Menurut data yang dikongsikan oleh Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, lebih 16,000 iaitu 16,951 remaja perempuan yang berusia 19 tahun ke bawah yang hamil dengan tidak berkahwin.

Jumlah tersebut merupakan data yang telah direkodkan di fasiliti kerajaan KKM untuk tempoh tahun 2020 sehinggga 2024, lapor Sinar Harian.

1 1Gambar Sekadar Hiasan

Artikel berkaitan: Lelaki Perancis Jual Slot Iklan Pada Sut Perkahwinan, Berjaya Raih RM11K

Artikel berkaitan: Uqasha Persoal Status Pernikahan Kerana Tarikh Di Sijil Nikah Berbeza Dengan Akad

Lebih mengejutkan lagi apabila data itu dipecahkan mengikut peratusan kaum di mana sekitar 50 peratus daripada jumlah remaja hamil luar nikah itu adalah Melayu.

2Gambar Sekadar Hiasan

Manakala kaum Iban 11 peratus, Cina (lima peratus), Orang Asli Semenanjung (sembilan peratus), India (tiga peratus) dan selebihnya etnik-etnik lain.

Difahamkan, dalam usaha untuk membendung isu kehamilan remaja luar nikah ini, pihak kementerian berkaitan menjalankan bermacam langkah seperti kaunseling, sokongan komuniti dan pemerkasaan pendidikan kesihatan reproduktif.

Selain itu, kementerian turut memperkasakan keupayaan perancangan keluarga menerusi usaha memperkukuhkan peranan ibu bapa dan remaja.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.