Badminton menerusi beregu campuran negara menjadi sukan pertama yang menyumbangkan pingat untuk Malaysia dalam temasya sukan Deaflymics 2025 di Tokyo, Jepun semalam.
Menurut Stadium Astro, beregu campuran negara, Edmund Teo-Boon Wei Ying berjaya meriah pingat gangsa dalam perlawanan menentang beregu campuran dari India, Abhinav Sharma dan Jerlin Jayaratchagan.
Untuk pengetahuan semua, temasya Deaflympics ini merupakan temasya sukan komuniti pekak dunia dan pada tahun 2025 ini, ia merupakan edisi ke-100 temasya sukan tersebut, lapor Berita RTM.

Artikel berkaitan: “Ini bukan cara kita layan atlet” – Hannah Yeoh Pertahan Cheah Liek Hou
Artikel berkaitan: Terima RM 1 Juta Lepas Dapat Pingat Emas, Cheah Liek Hou Nak Derma Sebahagian Kepada Kebajikan

Acara sukan ini telah membuka tirainya untuk edisi 2025 pada 15 November lalu.
Edisi pertama temasya Deaflympics ini adalah di Paris pada tahun 1924.
Difahamkan, kontinjen Malaysia untuk acara sukan ini pada tahun ini terdiri daripada 25 atlet pekak.
Sumber: Stadium Astro

14 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















