Ketibaan seorang guru baharu di Sekolah Kebangsaan Nanga Telawan, sebuah sekolah pedalaman di Belaga, Sarawak, mencuri perhatian ramai selepas disambut meriah oleh warga sekolah yang menunggu di jeti.
Melalui video yang dimuat naik oleh seorang guru di TikTok @Tok Ngulu, kelihatan para guru dan murid berkumpul di jeti, bersiap sedia menantikan kehadiran guru baharu tersebut.
Sebuah bot kemudian dilihat merapat ke jeti sebelum guru berkenaan turun dan disambut mesra oleh warga sekolah, lengkap dengan sesi bersalaman.
Artikel berkaitan: “Sudah meninggalkan kita semua…” – Cikgu E Meninggal Dunia
Artikel berkaitan: “Demi anak bangsa” – Netizen Terharu Lihat Cikgu Pedalaman Labur Duit Sendiri Beli ‘Starlink’
@tokngulukherolMenyambut kedatangan guru baharu #sarawakfyppp #sknangatelawan #pedalaman3sarawak #tiktokmalaysia
♬ Beautiful Land (Sape Dayak Borneo) – Helmy Trianggara
“Menyambut kedatangan guru baharu,” tulis kapsyen ringkas pada video tersebut.
Turut kelihatan, pengendali bot serta beberapa guru lelaki membantu mengangkat dan membawa barangan milik guru itu ke kawasan sekolah.
Hantaran itu menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai, malah ada yang kagum melihat semangat warga sekolah pedalaman itu dalam meraikan kedatangan tenaga pengajar baharu.

Sebagai info, sebanyak 20% – 35% daripada guru baharu (dari Semenanjung & Sabah, Sarawak) setiap tahun ditempatkan di Sabah dan Sarawak bagi menampung kekurangan tenaga pengajar di sana.

20 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















