Kerajaan Kelantan bercadang untuk memberi kebenaran atau lesen kepada pelancong luar Kelantan bagi melakukan aktiviti mendulang di negeri itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Noor, ia bertujuan menarik kedatangan pelancong dan memberi pengalaman berbeza kepada penduduk luar Kelantan.
Pun begitu, cadangan kebenaran itu hanya untuk aktiviti mendulang secara tradisional tanpa membabitkan penggunaan jentera.

Saya percaya aktiviti mendulang bakal memberi pengalaman menarik kepada pelancong yang datang ke Kelantan dan mungkin situasi itu tidak dapat di negeri lain.
“Cadangan ini bukannya mahu menutup peluang penduduk Kelantan atau penduduk setempat untuk aktiviti berkenaan, sebaliknya ia hanya tujuan pelancongan dan untuk memberi pengalaman kepada pelancong.
“Jangan fikir mereka mahu mendulang untuk mendapatkan sejumlah emas, sebaliknya mereka (pelancong) hanya sekadar mahu mencuba dan merasai bagaimana kaedah mendulang secara tradisional, andai kata mereka mendapat emas itu adalah rezeki terpijak buat pelancong,” katanya.
Artikel berkaitan: Ramai Harap Aktiviti Mendulang Emas Eksklusif Untuk Penduduk Tempatan Sahaja
Artikel berkaitan: Penduduk Mula Berebut Lokasi Selepas Kerajaan Kelantan Beri Kebenaran Mendulang Emas
Tambahnya lagi, lesen itu juga mungkin tidak diberikan dalam jumlah banyak kerana mengganggu penduduk setempat, sebaliknya diberikan dalam jumlah tertentu sahaja.
Ini antara cadangan yang saya kemukakan untuk aktiviti mendulang bagi aspek pelancongan, namun ia masih dalam peringkat perbincangan dan belum diputuskan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan negeri Kelantan telah mengumumkan kebenaran mendulang emas dengan syarat tertentu bagi tanah kerajaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 10 November lalu.
Susulan itu, jumlah pendulang di Hulu Kelantan di beberapa daerah meningkat 100 peratus sejak seminggu lalu apabila masing-masing menjangkakan hasil yang diperoleh adalah lumayan.
Sumber: Berita Harian

20 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















