Tular di laman Threads mengenai dakwaan caj pengurusan jenazah di sebuah kariah di Kedah yang mengenakan bayaran tinggi sehingga memaksa waris meminjam wang bagi menampung kos berkenaan.
Perkara itu dikongsikan oleh Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai, yang merasakan tidak bersetuju dengan amalan mengenakan caj untuk solat jenazah.
Dalam hantaran itu, dapat dilihat upah yang dikenakan untuk pengurusan solat jenazah sebanyak RM5 untuk satu kepala.

Difahamkan, tradisi memberi wang atau dianggap sebagai upah kepada mereka yang mendirikan solat jenazah sudah menjadi kebiasaan di kebanyakan tempat terutama di Kedah.
Artikel berkaitan: Selain Kos Sara Hidup, Kos Untuk Mati Juga Meningkat! Caj Pengurusan Jenazah Cecah RM5k
Artikel berkaitan: Tak Boleh Imamkan Solat Jenazah Abah, Anak Sedih Sekeluarga Tak Solat
Namun begitu, menurut Wan Cai, tradisi terbabit dianggap satu perkara yang tidak masuk akal dan sudah banyak kali beliau bangkitkan sebelum ini.
“Isu mengenai amalan pemberian upah bagi solat jenazah ini sebenarnya bukanlah perkara baharu. Ia telah beberapa kali saya bangkit dan suarakan.
“Menetapkan bayaran untuk solat jenazah adalah satu perkara tak masuk akal.
Ianya dilihat hanya menguntungkan satu pihak tetapi membebankan waris si mati.”
Jelasnya, amalan yang tidak memberikan manfaat perlu dihentikan kerana pengurusan jenazah sewajarnya dilaksanakan atas dasar tanggungjawab dan ihsan dalam kalangan umat Islam.
“Dari sudut hukum, solat jenazah merupakan fardu kifayah yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam terhadap saudara seagama yang meninggal dunia.
“Tidak seharusnya solat jenazah disyaratkan dengan bayaran tertentu. Manusia kian kehilangan pedoman. Duit lebih penting daripada ganjaran pahala,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dan mempersoal budaya upah sembahyang jenazah yang sepatutnya tidak perlu lagi diamalkan.
Sumber: Facebook

1 week ago
23































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















