Pakai Maskot Katak

Jabatan Kebajikan Masyarakat 9JKM) Daerah Johor Bahru baru-baru ini telah menahan tiga orang individu yang memakai maskot watak kartun untuk meraih simpati orang ramai di tempat awam.

Ini kerana difahamkan, mereka menggunakan maskot karakter kartun iaitu katak untuk mendapatkan simpati sekali gus untuk mendapatkan wang melalui mengemis, lapor Sinar Harian.

Pihak JKM menjalankan operasi menahan individu yang memakai maskot untuk meraih simpati itu kerana pihak mereka telah menerima banyak aduan mengenai aktiviti mengemis menggunakan maskot yang semakin meningkat di daerah tersebut.

Artikel Berkaitan: ”Bakat terpendam” – ‘Keluarga Katak’ Sama Terpegun Tengok ‘Katak Muda’ Menyanyi Sedap

Artikel Berkaitan:  Larian Paling Meriah, Pakai Pelbagai Maskot Buat Netizen Terhibur

Difahamkan,  kegiatan meminta sedekah dengan memakai maskot yang dijalankan oleh ketiga-tiga individu itu boleh menyebabkan risiko keselamatan kerana dilakukan di kawasan persimpangan lampu isyarat dan di tengah pembahagi jalan.

Mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke pejabat kebajikan daerah kerana ihak JKM mahu mengambil keterangan mereka dan menyiasat maklumat latar belakang.

Pihak JKM kemudiannya melepaskan ketiga-tiga mereka selepas amaran lisan serta bertulis diberikan kepada mereka.

Selain itu, mereka turut menandatangani aku janji di hadapan pegawai penguat kuasa JKM agar kegiatan itu tidak diulangi lagi.

Sekiranya ia diulangi lagi pada masa hadapan, mereka boleh dikendakan tindakan mengikut Akta Orang Papa 1977.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.