Bank Simpanan Nasional (BSN) baru-baru ini melaksanakan inisiatif ‘BSN Care Cukup Bersama’ sempena Ramadan dan Aidilfitri dengan menyalurkan sumbangan kewangan dan juga barangan keperluan kepada 11 orang pengamal media terpilih yang memerlukan sokongan, sebagai usaha berterusan bank berkenaan dalam menyantuni komuniti.
Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen BSN dalam memupuk nilai keprihatinan dan kebersamaan, selaras dengan tema perayaan BSN tahun 2026, ‘Cukup Bersama’. Media sebagai rakan strategik memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat, dan penghargaan ini dizahirkan sebagai tanda sokongan terhadap kebajikan komuniti media.

Penerima terpilih, menerima sumbangan wang tunai sebanyan RM3,000 dan sebuah Kotak Rezeki yang mengandungi pelbagai barangan keperluan asas.
“Cukup Bersama” dipilih sebagai tema tahun ini kerana ‘cukup’ bukan hanya soal angka dan bukan juga tentang berapa banyak yang kita ada. Tetapi ia mencerminkan sebanyak mana kita bersyukur dan berkongsi rezeki itu bersama, kata Ketua Eksekutif BSN, Dato’ Jay Khairil.
Dalam pada itu, melalui inisiatif BSN Care, bank berkenaan harap agar sumbangan yang disampaikan mampu meringankan beban penerima serta memberikan sokongan moral agar para penerima menyambut Aildilfitri bersama keluarga dengan lebih tenang dan bermakna.
Selain dari penyampaian sumbangan tersebut, BSN juga mempertontonkan video Raya pendek bertajuk ‘Lebih Dari Cukup’ (#CukupBersama) yang menampilkan pelakon Jalil Hamid, Syazwan Zulkifli dan juga Khatijah Tan.
Berlatarbelakangkan suasana kampung di Kuala Kangsar, Perak, video ini menyampaikan mesej kesederhanaan, kesyukuran dan semangat berkongsi, selaras dengan visi BSN bagi memastikan Tiada Rakyat Malaysia yang ketinggalan.
Layari www.bsn.com.my untuk maklumat lanjut mengenai kempen, produk dan perkhidmatan perbankan BSN.

6 hours ago
3































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















