Syaz Ft 2026 03 02T103852.109

Dunia hiburan kecoh baru-baru ini apabila seorang pemuda yang dipercayai pemilik sebuah jenama di acara Celebfest, Singapura memuat naik sebuah video tular yang meluahkan rasa berangnya terhadap pelakon, Betty Rahmad.

Menerusi rakaman yang dikongsikan di media sosial, lelaki tersebut mendakwa Betty telah berkelakuan biadab dan tidak menghormati kakitangannya yang sedang bertugas di gerai jualan (booth) tersebut.

“Betty Rahmad datang dengan kawan dia, lepas tu dia buat apa tahu? Dia datang tengah-tengah kaunter kita kat sini. Dia pekik!

Dia tak cakap baik-baik, dia pekik dia cakap, ‘I want this!’. Kau siapa eh? Artis? Orang-orang macam ni kan, I’m sure kalau kau orang macam ni dengan kita orang, dengan orang lain pun I’m sure ramai orang dah rasa perangai kau orang macam ni.

So don’t be rude, you owe my staff an apology,” kata lelaki tersebut.

@aleafadam

Yang kakak dia pulak menjeling and said to me “beli tu je? 🙄” when she saw I only bought $10 worth if items from her booth. Kau nak singaporean borong brapa banyak….

♬ original sound – Alif – Alif

Apa yang lebih mengecewakan pemilik tersebut adalah sikap yang ditunjukkan itu berlaku pada bulan suci Ramadan. Beliau secara terbuka mempersoalkan tindakan Betty yang dianggap tidak selari dengan imejnya yang berhijab.

Dalam nada yang cukup kecewa, lelaki itu menegaskan bahawa status sebagai seorang artis tidak memberi ruang untuk seseorang itu bersikap sombong atau merendah-rendahkan orang lain yang sedang mencari rezeki.

Pemilik booth tersebut juga mendakwa terdapat ramai saksi di lokasi kejadian yang melihat sendiri perlakuan tersebut, sekali gus mengukuhkan lagi dakwaannya. Beliau menuntut agar Betty Rahmad tampil memohon maaf secara terbuka kepada kakitangannya kerana telah memalukan mereka di khalayak ramai.

Terbaru, Betty Rahmad menerusi laman TikTok miliknya memberitahu bahawa dia akan menjawabdakwaan yang tular itu secara live jam 11.30 pagi hari ini selepas beliau selesai tadarus.

1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.