Prince Syed

Semalam, usahawan dan personaliti media sosial kontroversi, Prince Syed, tampil memberi penjelasan menerusi satu video di TikTok selepas tular satu hantaran berlatarbelakangkan hitam putih bersama surah al-Fatihah yang dimuat naik di akaunnya.

Menerusi video tersebut, Prince Syed mendakwa telefon bimbitnya telah dicuri dan hantaran berkenaan dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Tidak lama selepas itu, seorang pengguna Threads tampil mendedahkan bahawa perkara sama didakwa pernah berlaku sebelum ini.

Malah, individu tersebut mendakwa Prince Syed pernah memuat naik gambar sendiri dengan latar surah al-Fatihah tahun lalu seolah-olah sudah meninggal dunia.

Ini bukan kali pertama ya Syed up takziah untuk diri sendiri. Ini sempat screenshot sebelum padam. November 2025 dulu pernah katanya dah meninggal dunia tapi hidup balik,” tulis pengguna berkenaan.

Artikel berkaitan: ‘Gambar Al-Fatihah’ Tular, Prince Syed Dedah Akaun Digodam Selepas Telefon Hilang

Artikel berkaitan: “Bini abang cantik sangat” – Prince Syed Tayang Penampilan Terbaharu Isteri, Makin Kurus & Bergaya

639816260 17891855748423579 2531164029039786124 NTangkap layar hantaran seorang pengguna yang mendakwa prince syed pernah memuat naik status sama pada 2015.

Setakat artikel ini ditulis, Prince Syed masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung dakwaan tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut malah ada yang mengakui berasa tertipu.

Dah dua kali rupanya ‘meninggal’ lepas tu hidup balik. Orang buat poster Al-Fatihah letak gambar IC. Kau siap posing jeling tepi macam tengah shoot majalah,” tulis seorang pengguna.

“Sedih dan seram pada masa yang sama. Bayangkan orang tahu kita ‘meninggal’ tapi tak ada siapa pun rasa simpati, siap kutuk lagi,” kata seorang lagi pengguna.

Terdahulu, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman serta isterinya, Fatin Syazwani, pernah beberapa kali menjadi perhatian netizen susulan pelbagai isu termasuk konflik keluarga.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.